Pelakon utama Muzik Video Raya tampil beri kenyataan, dedah hal sebenar

2,641 views

Gempar apabila satu iklan raya berkenaan aktiviti tak bermoral telah ditayangkan di laman media sosial.

Video itu turut menampilkan orang Melayu beragama Islam sebagai pelakonnya dan ini mencetuskan amarah orang ramai.

Ekoran video yang tersebar, tiga orang pelakon yang terlibat dalam muzik video itu tampil menceritakan apa yang terjadi.

Kesemua tiga orang pelakon berkenaan menyatakan mereka menerima tawaran untuk berlakon dalam rakaman muzik video sempena hari raya aidilfitri.

Pelakon utama muzik video berkenaan bernama Saifullah Mohd Yunus menyatakan dia teramat kecewa dengan apa yang berlaku namun terpaksa teruskan penggambaran.

“Saya hanya tahu setelah 70 peratus siap scene saya, apabila diarah baca ayat untuk lip sync, baru kami semua tahu. Saya tak dapat tolak sebab saya dah ada kat set masa tu”

“Dah tiga tahun dalam industry, apa-apa job saya ambil agama mesti nombor satu, saya tak pernah nak gadaikan saya punya maruah atau pun agama saya.”

“Saya rasa sangat bersalah, dan nak minta maaf sebab tak betul teliti dengan job berkenaan, every single things. Ini biggest mistake saya.”

“Polis tengah mengesan para pelakon, kami akan tampil dan beri penjelasan dan akan mengatakan hal sebenar.”

Ini pula komen dari salah seorang pelakon lain yang turut terlibat sama.

“Pihak produksi contact dan masukkan kami dalam group WhatsApp yang diberi nama sebagai Raya MV Shooting March 2021.”

“Saya beli baju raya khas untuk rakaman berkenaan dan kami tak tahu ianya brand apa. Memang dah biasa pemilik brand nak rahsiakan produk mereka dan masa kita buat penggambaran pun mereka cakap jangan ambil video di set serta jangan beritahu sesiapa kerana ini surprise.”

Seorang lagi pelakon lain menyatakan dia amat terjejas teruk sejak arahan PKP dan memang terdesak untuk mencari wang. Namun akui tidak tahu pada mulanya muzik video ini untuk apa.

 “Kami amat desperate kerana freelance macam kami ni terjejas teruk sejak PKP. Setelah di offer dengan job ni, saya terus ambil je tanpa banyak soal. Job ni pun mereka bayar pun sikit saja. Kita buat job ni sebab tak ada cara lain cari duit, kami ni semua freelancer.”

“Pada awalnya memang video tentang berkaitan raya, namun bila masuk bahagian akhir dipenghujung penggambaran baru kami sedar ia adalah tentang perkara tak bermoral.”

“Pihak produksi minta kami lip sync empat baris lirik lagu yang jelas berkaitan perkara tersebut.”

“Saya menyesal sebab tak berani nak tarik diri, sedangkan kami tak ada kontrak apa-apa pun. Kami semua jadi panic dan rasa bersalah.”

Kesemua pelakon dah bersedia untuk beri keterangan kepada pihak polis.

Ini pula video kenyataan yang dibuat oleh Saifullah.

Untuk pengetahuan penggambaran muzik video itu yang dibintangi oleh lima pelakon kesemuanya agama Islam terdiri dari tiga lelaki dan dua perempuan. Babak memakai baju melayu dirakam disebuah kampung di Hulu Langat.