Pemandu terserempak wanita mirip Zalina Azman, minta tolong, macam hilang ingatan

12,735 views

Orang ramai mula memberi info tentang kes kehilangan Zalina Azman yang dihebakan sejak hari Isnin lepas.

Mulanya ada individu melaporkan ternampak wanita mirip Zalina Azman di sebuah café yanh terletak di seksyen 9 di Shah Alam.

Namun begitu hasil siasatan dari pihak polis, wanita yang mirip Zalina itu sebenarnya seorang gelandangan.

Antara yang bersungguh mahu mencari Zalina Azman ialah rakannya iaitu Datuk Ras Adiba Radzi.

Melalui laman Instagram, Ras Adiba ada mencari Zalina Azman di sekitar Shah Alam dan usaha berkenaan dijalankan sehingga jam 3 pagi. Sehingga kini masih belum ada sebarang update.

Yang terkini, ada seorang pengguna Instagram dengan nama Nadhir Agito, mendakwa dia pernah bertembung dengan wanita mirip Zalina Azman.

Pertemuan itu terjadi di Jalan Maarof, Bangsar, Kuala Lumpur.

Menceritakan pengalamannya kepada Ras Adiba, Nadhir memberitahu ketika itu adalah waktu subuh sekitar jam 645 pagi.

“Kak Ras, rasanya saya pernah terserempak dengan kak Zalina Azman. Mula memang tak cam sebab badannya amat kurus dan nampak rendah.”

“Tapi setelah nampak moment gambar dengan kak Ras, saya yakin itu memang Zalina Azman.”

“Saya ni buat Grab, dan saya terserempak dalam jam 645pagi, subuh masa tu. Dia ada datang ke kereta saya nak minta bantuan tetapi dia kelihatan keliru apa yang dia nak.”

Nadhir melihat wanita berkenaan seakan ada isu amnesia atau lupa ingatan.

“Nampak macam dia ni separuh amnesia, tak ingat sangat. Mula dia minta hantar ke balai polis, tetapi lepas tu tak jadi pula.”

“Kemudian dia macam nak pergi makan, rasa lapar. Memang jelas tangannya masa tu menggigil.”

“Saya ada nak tolong dia dan mahu ambil gambar lepas tu dia tak nak sebab ingat saya nak buat apa-apa kat dia pula.”

Ini komen penuh Nadhir tentang hal ini.

Sehingga kini, belum ada sebarang update dari pihak polis tentang kes Zalina Azman ini.