Video CCTV dikeluarkan kepada umum, polis dah temui wanita mirip Zalina Azman, bukan dirinya

4,625 views

Setelah kehilangan Zalina Azman diketahui orang awam, ada beberapa individu mendakwa menjumpai wanita mirip bekas personality TV3 itu.

Polis terus saja buat siasatan lanjut termasuk dah memeriksa video CCTV yang mana menampilkan wanita tersebut.

Wanita itu dilihat di beberapa lokasi sekitar Shah Alam termasuk di sebuah cafe, hotel dan juga tasik.

Ini video yang ditayangkan di berita.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, iaitu Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, siasatan mendapati wanita berkenaan memang seorang gelandangan.

“Pihak polis telahpun buat semakan dan pemeriksaan dengan pekerja cafe itu dan mendapati wanita yang masuk ke cafe tersebut adalah gelandangan yang sama ditemui disekitar Shah Alam ini dan telah pun dijumpai di Taman Tasik Shah Alam, Seksyen 14.”

“Benar, pihak kami dah pun jumpa wanita itu, di taman tasik tersebut. Setelah diperiksa, dia bukan Zalina Azman.”

Walaupun bukan individu yang dimahukan, pihak polis mengucapkan terima kasih kepada orang awam yang sedia membantu siasatan untuk menjejaki bekas personality TV3 berkenaan.

“Niat semua orang awam memang bagus dan baik untuk membantu, cumanya individu itu bukanlah Zalina.”

“Pihak polis sentiasa mengalukan semua pihak yang ada indo untuk terus menyalurkan maklumat sehinggalah Zalina Azman berjaya ditemui semula.”

Dalam pada itu, pihak polis berkata, semua ahli keluarga Zalina Azman juga sudah tidak lagi tinggal di Shah Alam.

Selain itu, baru-baru ini, ada juga komen di ruangan laman Instagram milik Datuk Ras Adiba Radzi bernama Nadhir.

Jelas Nadhir yang merupakan seorang pemandu Grab, dia ada ternampak wanita mirip Zalina Azman dalam keadaan bingung seakan sudah hilang ingatan ketika berada di Bangsar.

Sehingga ini tiada update tentang info dari Nadhir ini, dan sudah tentu ramai berharap Nadhir akan tampil ke balai polis untuk menyalurkan info berkenaan.