(FOTO) Ini keadaan rumah Zalina Azman, ramai yang seram melihatnya

9,434 views

Memang sedang hangat diperkatakan tentang berita dan misteri kehilangan bekas personaliti TV3, Zalina Azman.

Sememangnya ramai yang tertanya dimanakah kebneradaan bekas penyampai berita dan juga pengacara rancnagan Money Matters ini.

Ramai yang rasa pelik melihat kisah ini apatah lagi barang miliknya seperti beg duit, kad pengenalan dan wang ringgit masih lagi ada di rumahnya.

Bercakap tentang rumahnya, yang terletak di Shah Alam, semasa ahli keluarga pergi ke rumah Zalina, kereta miliknya juga masih ada di sana, selain turut dijumpai lesen memandu miliknya.

Anak Zalina yang datang ke rumah bersama pakciknya, melihat keadaan rumah Zalina tak terurus dan dalam keadaan berselerak.

Menerusi satu siaran di TV3, pihak wartawan ada mengambik video keadaan terkini rumah Zalina Azman.

Ini video rumahnya itu.

Di ruangan komen, rata-rata netizen terkesima melihat rumah berkenaan, yang dilihat bagaikan sudah lama ditinggalkan.

Selain itu, dapat dilihat pintu pagar juga sudah tdak berfungsi dengan baik dan sudah tercabut.

Keadaan dalam rumah dilihat bagaikan dalam adegan filem seram.

“Seramlah kes Zalina Azman ni, tengok rumah dia pun dah macam dah sesuai untuk penggambaran dalam filem seram ni.”

“Macam mana lah agaknya seseorang tu boleh hilang begitu saja.”

“Sekali imbas dah macam suasana rumah dalam filem Juon.”

“Betul-betul seram. Malah jiran dia pun baru tahu Zalina Azman tinggal kat rumah tu selepas berita ni tersebar.”

Dari laporan TV3 itu lagi, kata jiran, dia memang jarang melihat penghuni di rumah berkenaan dan kadangkala ternampak kereta mewah berwarna hitam disyaki milik Zalina Azman.

Jiran memang mengesahkan bahawa Zalina Azman tinggal secara low profile dan tidak bergaul sangat dengan jiran.

Zalina Azman dikatakan membeli rumah berkenaan beberapa tahun yang lalu.