Pembida lelongan Sajat hilang, dah pergi oversea, ini respon Aliff Syukri

9,662 views

Kisah barang-barang Sajat yang telah dilelong menjadi bualan ramai setelah seorang pembida membuat onar dengan tidak membayar RM132 ribu, selepas menang membida barang-barang Sajat. Nama pembida berkenaan telah dikeluarkan iaitu Syazwan Fiesol.

Memang agak pelik kes ini, dan sekaligus membuatkan para netizen mahu ambil tahu. Setelah diamati, Facebook bernama Syazwan Fiesol dikatakan telah dikesan.

Kemudian dilihat dari komen-komen netizen jejaka ini bekerja dengan usahawan terkenal Datuk Aliff Syukri.

Peguam kepada Nurwati dan Syakir dari OWA Resources Sdn. Bhd iaitu Nurul Hafidzah berkata nombor whatsapp pembida bernama Syazwan Fiesol iaitu memang dapat lihat adanya wajah Aliff Syukri.

“Saya tak kenal pembida itu namun jika dilihat profil WhatsApp memang ada memaparkan fotonya bergambar bersama Aliff Syukri. Namun tidak diketahui sama ada lelaki berkenaan disuruh oleh Aliff atau sebagainya.”

Peguam menyifatkan pembida telah melakukan satu perkara yang tidak bagus, malah tak pernah jumpa joy bidder yang lari setelah menang lelongan.

“Ini macam mempermainkan proses mahkamah. Kes lari dari pembelian barang lelong ini saya tak pernah jumpa lagi. Pihak kita pun sedang teliti undang-undang kalau individu ini boleh diambil tindakan.”

Dalam pada itu, menerusi satu laporan Mstar, Datuk Aliff Syukri tak mahu mengulas tentang isu ini. Ini yang dikatakan olehnya.

“Saya tak mahu komen hal ini. Saya tak mahu keluarkan apa-apa kenyataan sebab mahu hormati semua pihak. memang betul, yes, saya sebagai kawan dia namun saya tak nak masuk campur dan terlibat sebarang isu, saya nak bertenang.”

Jika dilihat di Facebook pula, Syazwan Fiesol dilihat telah pergi ke luar negara, dan ada bergambar bersama Datuk Aliff Syukri. Ini fotonya.

Untuk info, semalam, Mohd Syazwan berjaya membida semua 39 barang milik Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman di Kota Damansara. Antara barangan yang dilelong termasuk pinggan mangkuk, barangan bilik tidur, piano, set almari antique, kerusi sofa, jam berdiri, kipas angin, refrigerator, television, lukisan, pasu dan juga lampu chandelier.