Pada tahun lalu dah jadi viral tentang seorang wanita yang menemani suaminya untuk berkahwin dengan wanita lain sebagai isteri kedua. Masih ingatkan kah anda?
Wanita berkenaan bernama Syiela Rashid dan suaminya bernama Khubaib Ramli. Isteri keduanya pula bernama Ain Soleh. Kisah mereka menjadi berita utama ketika pernikahan mereka tahun lepas, kerana kehadiran isteri pertama di majlis nikah isteri kedua.
Namun yang terbaru, sejak semalam, telah viral sekali lagi tentang kisah antara mereka bertiga. Disahkan bahawa Khubaib telahpun berpisah dengan isteri keduanya itu.
Pengumuman dibuat oleh Khubaib menerusi laman FB miliknya semalam: “Bismillah, untuk info buat rakan-rakan yang dihormati, pada tarikh 24 Ogos 2021, saya menceraikan isteri kedua, Nurul Ain binti Md Soleh di mahkamah.”
Isteri pertama iaitu Syiela Rashid turut muatnaik status di laman Fcebook miliknya yang menunjukkan detik dia teman suaminya dalam proses berpisah dengan isteri kedua.
“Haritu teman suami pergi nikah. Harini pula teman suami pergi bercerai. Apapun, ianya okey saja, ianya satu proses. Akak tetap akak siapa pun yang datang dan telah pergi, tidak ada hal pun. Datang tak diminta dan pergi pun tak dihalau.”
Tak lama kemudian, akhirnya bekas isteri keduanya iaitu Ain Soleh pula tampil membuat kenyataan tentang hal ini di laman sosial media.
Kata Ain, dia lega semuanya sudah selesai, dan turut mendedahkan bahawa dia dan suami sudah duduk asing selama lebih kurang dua bulan lamanya.
“Alhamdulillah syukur, pada tarikh 24 Ogos, hari serta penantian saya selama dua bulan duduk tak sebumbung, saya dah berpisah dengan bekas suami, Khubaib.”
“Tujuan saya untuk memberitahu hal ini adalah kerana saya tidak mahu sebarang isu timbul selepas ini yang boleh membabitkan nama kami.”
“Saya berlapang hati dengan semua keputusan yang saya buat dan berharap pihak sebelah sana tidak lagi muatnaik gambar bersama atau gambar perkahwinan yang dah lalu.”
“Semoga Ain akan jadi insan yang lebih tabah selepas ini, dan Ain tak ada simpan sebarang rasa mendendami pada sesiapa pun.”
“Saya minta maaf dengan semua kelakuan saya selama tempoh perkahwinan dan kehidupan berpoligami.”
Itulah kenyataan dari Ain Soleh tentang kisahnya dengan bekas suami Khubaib dan juga bekas madu, Syiela Rashid.