Ayu bertudung, Farah Nabilah sahkan sudah berhijab sepenuhnya, alhamdulillah

4,906 views

Ini satu berita baik yang diterima berkenaan seorang pelakon drama terkenal tanah air iaitu Farah Nabilah.

Pelakon berumur 29 tahun yang juga ibu kepada seorang anak ini kini mengesahkan bahawa dia sudah berhijab dan bertudung sepenuhnya menutup aurat.

Hal ini hanya diketahui setelah adanya satu laporan yang ditulis dari portal Berita Harian semalam.

Pada mulanya, Farah yang lebih mesra disapa dengan nama Fawa ada upload satu video yang memperlihatkan dirinya memakai tudung dengan sempurna ketika buat promo barang baby yang diguna pakai oleh anaknya, Andre Omar.

Kemudian, Fawa akhirnya mengulas setelah ditanya adakah dia sudah bertudung sepenuhnya.

Ya benar, saya sudah pun berhijrah dan dah pakai hijab sepenuhnya. Namun begitu, tak perlu saya nak ulas panjang lebar tentang hal ini, lagi pula, bagi saya, hal seperti ini rasanya tak perlu nak kena umum pun.

Saya mahu mengucapkan banyak-banyak terima kasih kepada semua fans yang selalu mendoakan saya dan segala kebaikan kepada family saya ini.

Selain itu Fawa juga melihat banyak artis seangkatan dengannya sudah pun berhijrah dan ianya satu hal yang amat baik.

Saya juga tumpang rasa gembira dengan penghijrahan mereka. Semoga kita akan terus dilindungi dan jadi lebih kuat dengan dugaan di eran pandemik ini.

Sebelum ini, Farah Nabilah dilihat selalu memakai selendang dan akhirnya telah pun berhija sepenuhnya, semoga Farah Nabila akan terus istiqamah.

JIka diimbas kembali, antara artis wanita yang dilihat telah berhijrah ialah Izara Aishah, Ahira Gegar Vaganza, Siti Elizad, pelawak dari negara seberang Vicha, Fieya Julia, Aprena Manrose dan juga Betty Rahmat.

Farah Nabilah telah berkahwin dengan seorang pilot bernama Mohammed Amirul Yunus pada bulan Disember tahun 2019.