Kawan baik sendiri songlap RM70ribu, Andi Bernadee report polis

8,378 views

Andi Bernadee tampil buat satu report polis pada hari ini ke atas rakan baiknya sendiri. Ini diakatakn kerana kes pecah amanah yang mana menyebabkan Andi Bernadee rugi RM70ribu. Penyanyi dan pelakon ini membuat report polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

Penyanyi ini hadir ke balai polis pada jam 11 pagi bersama peguam, Faizal Rahman dan juga managernya, Nasir Deraman.

Andi berkata kerana perbuatan rakannya itu, dia telah jadi hilang arah tuju, dan hilang punca pendapatan apatah lagi di musim perintah kawalan pergerakkan yang membuatkan industry hiburan tergendala.

Saya buat report polis kerana kes pecah amanah ke atas orang yang sangat saya percaya. Orang ini ialah orang yang saya bawa masuk ke dalam industri seni. Tak sangka betul. Dia kacau periuk nasi saya, dan memalukan saya serta berkata hal yang tak benar tentang saya.

Malahan dia juga songlap duit saya. Duit yang dah lesap lebih kurang RM70ribu. Duit saya bekerja pada tahun ini, saya tak dapat nak rasa langsung.

Duit hasil saya berlakon, duit projek saya dengan syarikat baju, dia dah kaut semuanya. Tidak disangka walhal kami berdua pernah tunai umrah dua kali sama-sama.

Ditanya bagaimana rakan baiknya itu boleh buat sedemikian, jelas Andi, dia telah menggunakan whatsapp miliknya.

Dia dah memanipulasikan aplikasi WhatsApp saya dan hantar kepada klien saya semua, kemudian klien saya trasfer semua wang berkenaan ke dalam akaunnya.

Andi mula syak penyelewengan yang dibuat itu hanya pada bulan Jun yang lepas.

Saya mula sedar duit job saya tak dapat sejak awal tahun. Dia kemudian ada cakap resit hilang, klien tak bayar lagi padahal semua klien dah bayar.

Rupanya dia dah makan duit, dia ni bukanlah rakan kongsi, hanya kawan baik saya dan kalau boleh nak cakap umpama pembantu peribadi namun kami tak ada pun hitam putih. Dia hanya kawan baik yang bantu urus kerjaya saya.

Andi Bernadee hampir nak menangis rasa kerana terlalu runsing dengan dugaan yang menimpa apatah lagi di musim adanya pandemic ini.

Saya amat serabutlah rasa. Tengah pandemic sekarang ini, saya ada tanggungan family saya, mak ayah, adik-beradik sekolah, semuanya saya yang tanggung. Bila dia buat macam ini, memang terkesan juga ibu bapa saya kerana mereka harapkan saya.

Andi pernah tanya hal ini kepada kawan baiknya itu namun dia hanya buat tak tahu saja, walhal sudah ada bukti.

Saya ada bersemuka dengannya namun dia hanya main telefon depan saya. Dia sambil lewa, buat endah tak endah saja. Saya bagi masa sebulan kepada dia.

Dia buat bodoh tapi semua bukti dah ada kerana itu saya berani untuk tampil. Individu berkenaan ada dalam industri ini, itu saja yang saya boleh cakap.

Kali terakhir jumpa dia pada tarikh 15 Ogos baru-baru ini untuk saya beri amaran padanya. Saya dah bagi muka cakap elok-elok namun dia terus cakap yang tak betul tentang saya pula.