“Penat undi dia dulu” Penampilan ‘gadis’ Saiful Malaysian Idol buat ramai terkesima

1,667 views

Penyanyi ini dulu pernah menjadi bualan ramai kerana bakatnya yang amat hebat. 

Nyanyian yang mendayu buat ramai yang jatuh hati dengan alunan suara dari Saiful, bekas peserta Malaysian Idol. 

Sejak tampil dalam rancangan realiti tersebut, mula yang ekori perkembangan Saiful yang berasal dari Sarawak ini. 

Sungguhpun tak berjaya menjadi juara, Saiful tetap mempunyai ramai peminat. 

Akan tetapi setelah bertahun lamanya, nama Saiful mula tenggelam dek kerana kedatangan ramai penyanyi baru. 

Memang lama Saiful tidak muncul di kaca TV amhupun mempunyai lagu sendiri. 

Tiba-tiba pada tahun ini, nama Saiful mula jadi bualan ramai semula. 

Bukan kerana ada lagu baru, tetapi semuanya gara-gara satu video yang menunjukkan imej serta pakaian Saiful. 

Dari video yang menjadi tular itu, Saiful dilihat tampil dengan imej seakan gadis atau wanita. 

“Hai saya Saiful, jangan lupa saksikan saya di Wafa TV.” Itu kata ringkas dari penyanyi ini. 

Dengan wajahnya yang jambu, memang Saiful amat kelihatan bagaikan seorang wanita. 

Diruangan komen, video ini lantas menjadi medan perbualan ramai yang mana masing-masing memberi pendapat mereka tersendiri. 

Ada juga yang terkejut dengan penampilan Saiful yang lebih ke arah kewanitaan itu. 

“Aku dulu undi banyak pada dia, tetapi akhirnya jadi macam ni pula.” 

“Masih boleh insaf lagi Saiful, semoga diberi petunjuk dan hidayah.” 

“La sudah tukar pula ke.” 

Antaranya mengatakan walaupun berpakaian sedemikian, penyanyi berkenaan masih lagi menggunakan nama Saiful. 

“Dengan nyata dia masih panggil dirinya sebagai nama Saiful, maknanya dia masih dapat fikir dengan baik, kita tak boleh nak judge.” 

“Dia masih lagi mengaku namanya sebagai Saiful.” 

Tak lama dulu pun, Saiful pernah tampil dengan imej sebegini dan ketika itu ramai memanggilnya dengan nama Saifulina. 

Ketika itu, Saiful tetap berkata bahawa dirinya masih lagi lelaki. 

Ini komennya dari BH: “Saya lelaki tulen, saya tak ada nak buktikan apa-apa semata-mata untuk memuaskan hati semua orang.” 

Saiful Malaysian Idol pernah popular dengan satu lagu popular iaitu lagu berjudul Ku Juga Mencintaimu.