Pendedahan viral, ini kenyataan rasmi Dr Rushdi Ramli, suami Datuk Nora

10,883 views

Kecoh semalam setelah ada dakwaan mengatakan Datuk Nora sudah lama berkahwin dengan Dr Rushdi Ramli.

Dari dakwaan berkenaan, dikatakan Nora dan suami barunya itu dah kahwin dua tahun. Malah Nora juga telah memaksa Dr Rushdi Ramli berpisah dengan isteri pertamanya.

Dakwaan itu dibuat menerusi satu mesej yang dihantar ke sebuah portal hiburan. Ini mesejnya.

Setelah isu ini viral, suami kepada Nora iaitu Dr Rushdi Ramli, tampil memberi kenyataan dan terus menafikan hal berkenaan.

“Bismillah, saya bernama Rushdi Bin Ramli, dengan secara jujur dan ikhlas hati mahu memberi penjelasan bahawa semua kenyataan yang sedang tular ketika ini adalah bertujuan untuk mencemarkan nama baik perkahwinan saya dan juga isteri, Datuk Nora Ariffin. Ianya satu fitnah, serta tohmahan dengan niat yang tak baik dan buruk.”

“Allahuakbar, semoga balasan yang setimpal akan diterima oleh orang yang berniat tak baik kepada kami dan juga perkahwinan kami.”

Dalam pada itu, Datuk Nora tampil memberikan statement penuhnya tentang hal ini. Kenyataan ini dibuat oleh Datuk Nora melalu satu entry di laman Instagram miliknya setelah kes ini menjadi bualan ramai.

Ini komen dari Nora Ariffin.

“Semuanya tak benar, perkahwinan ini tak boleh dipaksa- paksa. Begitu jugalah dengan perceraian. Tak ada manusia yang berhak untuk paksa orang lain bercerai tanpa ada sebarang sebab. Itu merupakan satu dosa yang besar.”

“Berkahwin itu merupakan satu hal yang baik, menerima pahala, serta wajar dihebahkan, sebab itu saya beritahu pada semua. Niat saya kerana Allah. Namun begitu lain pula jadinya. Beritahu salah, tak cerita pun salah.”

“Sebagai selebriti, saya berhak untuk tak bercerita tentang kehidupan peribadi saya, jika tak ada keperluan. That’s my privacy.”

Nora juga meminta jika ada pihak yang berkata tak baik, agar dapat bertemu berdepan dengan dirinya.

“Saya menyeru buat pihak yang sengaja nak memburukkan kami, sila tampil bersua muka. JIka ada masalah, kita sama-sama bantu.”

“Memang saya mahu tahu apa tujuan sebenarnya untuk sebarkan hal yang tak etul dan tuduhan yang tak berasan seperti ini.”

“Jika bertujuan untuk meruntuhkan rumah tangga saya. Itu hak suami saya, hak mutlak seorang suami dan ianya satu perkara yang tak boleh dipaksa.”

Itulah kenyataan dari Datuk Nora.