Sejuk mata memandang, Zizi Kirana tetap pakai stokin jalan di air tepi pantai

3,792 views

Zizi Kirana dan suaminya Yusuf Bahrin sedang honeymoon dan bercuti di Semporna, Sabah. Ada beberapa gambar sepanjang percutian mereka ke pusat perangian terkenal itu dimuatnaik di laman Instagram.

Ada juga  video Zizi dan suami yang telah menjadi perhatian para peminatnya dan juga netizen. Ini apabila Zizi dilihat menjaga auratnya dengan berpakaian labuh serta memakai stokin walaupun sedang berjalan di dalam air di tepi pantai.

Justeru itu, ramai netizen mula memberi komen kagum dan memuji kesungguhan Zizi Kirana dalam berubahannya ke arah yang lebih baik, menjadi muslimah yang lebih baik.

Sejuk mata memandang, syukur kini Zizi betul-betul menjaga aurat, pakai stokin walau berjalan di air.” Tulis seorang netizen di gambar berkenaan.

Melihat ramai yang mula memuji, Zizi Kirana tetap merendah diri dan mahu terus istiqamah. Ini komen Zizi seperti yang dilaporkan portal Kosmo.

Saya segan sebenarnya apabila ada orang puji hanya kerana pakai stokin, berpakaian labuh pergi pantai. Saya rasa macam tak layak nak terima banyak pujian dari ramai orang. Namun begitu, saya tetap hargainy, dengan semua doa mereka. Saya juga sedang dalam usaha menjadi muslimah yang lebih baik. Saya doakan juga buat semua. Kita bersama belajar dan mencari keredhaan Yang Maha Esa.

Zizi juga akui memang ada ramai follower yang mula mesej secara peribadi melalui laman Instagram setelah dia muatnaik video berkenaan.

Jujur cakap, ramai yang ada Direct Message, DM saya, dan juga komen ada yang mahu tips macam mana nak istiqamah.

Saya sebenarnya tak tahu nak respon atau reply macam mana. Apa yang saya cakap, kita belajar sama-sama. Slowly, yang penting kita kena berusaha. Apapun, saya amat terharu ramai juga yang mendoakan kesejahteraan saya.

Zizi Kirana bernikah dengan pelakon Yusuf Bahrin pada tarikh 19 September yang lepas.