Datuk Nora dedah tujuan sebenar berkahwin, dan ini reaksi anak-anaknya

5,570 views

Datuk Nora Ariffin kini telah selamat bergelar isteri kepada seorang pensyarah bernama Dr Rushdi Ramli.

Sememangnya Nora akui dia sebelum ini tak pernah pun terfikir untuk berkahwin sekali lagi selepas pemergian Johan Nawawi pada tahun 2017.

Melalui satu laporan Harian Metro, Nora menjelaskan dia mempunyai matlamat tersendiri setelah lama hidup tanpa suami di sisi.

“Saya bersyukur sangat dan tak pernah terfikir nak berkahwin semula. Apapun bagi saya tujuan perkahwinan adalah untuk mencari keimanan yang akan dapat membantu keluarga dan itulah matlamat sebenar.”

“Syukur sangat, alhamdulillah sekarang kami satu family dapat buat solat berjamaah, adakan usrah, tazkirah dan ceramah motivasi di rumah bersama.”

“Saya juga dah tak ada ibu dan selepas berkahwin ada peneman hidup untuk bercerita dan cerita apa-apa isu.”

Dalam pada itu, Nora juga mendedahkan hubungan antara anak-anak dan suaminya amat baik, malah semua mereka gembira.

Nora juga menyerahkan suami untuk memberi tunjuk ajar kepada anak-anak semasa mereka menghadapi peperiksaan dan hal seperti baca doa dan sebagainya.

“Anak-anak amat gembira dan mereka memang dah rapat dengan suami sebab beliau merupakan kawan rapat arwah Johan Nawawi.”

Ditanya tentang tarikh perkahwinan dan juga majlis, Nora berkata dia belum lagi mahu bercerita terlalu detail kerana ianya hal peribadi. Malah hanya majlis kecil-kecilan dilakukan sempena pernikahan mereka.

Datuk Nora sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan composer tekenal, Johan pada tahun 1992 dan sepanjang perkahwinan mereka dikurniakan empat orang permata hati.

Dugaan menjelma buat Nora Ariffin pada tahun 2017 apabila Johan Nawawi pergi buat selamanya. Lebih sayu, pada tahun 2019, anak keduanya Syakir turut menghembuskan nafas terakhir di umur baru 20 tahun.