Perkembangan terkini kandungan Izreen Azminda, ada masalah penghadaman

1,112 views

Pelakon Izreen Azminda kini sedang hamil anak ketiganya. Kalau ikutkan sekarang ni dah masuk 6 bulan usia kandungan Izreen, dah masuk fasa trimester yang kedua.

Ketika di awal kandungannya, Izreen berkata dia alami alahan yang lebih teruk ketika kandungannya kali ini.

Antaranya, dia tak boleh bau minyak masak dan tak boleh duduk dalam kereta sebagai penumpang.

Kini setelah masuk fasa trimester yang kedua, Izreen Azminda mengatakan dia alami masalah penghadaman pula.

Pelakon berumur 36 tahun ini akui, memang sukar untuk buang air sejak kebelakangan ini. Jom baca cerita dari Izreen yang ditulis di laman Instagram miliknya semalam.

Semasa kandungan 3 bulan, masa ni kira badan okay lagi. Tapi sekarang ni 5-6 bulan, badan dah kembang semangkuk. Risau kadangkala kaki bengkak surut lepas tu bengkak dan surut semula, janghan buat pasal.

Sesiapa yang ada masalah sistem penghadaman beritahu saya sat, sebab apa, sekarang ni saya memang begitu susah nak membuang.

Jelas isteri kepada Ude Wahid ini, dia dah usahakan buat pelbagai cara untuk memudahkan system penghadaman, namun ternyata tak berhasil. Ada satu cara yang dia jumpa iaitu minum kopi, namun takut ianya tak elok untuk ibu mengandung pula.

Dah buat macam-macam, minum vitagen tak jalan, makan buah pun tak lut, kalau pekena minum nescafe dia baru okay sikit. Tapi tulah agak risau la jugak kan kerana katanya selalu minum nescafe kan tak berapa nak elok. Ada apa-apa petua lagi kah, yang kalian boleh beri, pening dah saya ni.

Itulah dugaan seorang ibu ketika mengandung untuk melahirkan zuriat. Besar pengorbanan seorang ibu ni tau.

Untuk pengetahuan, Izreen Azminda dah dikurniakan dua anak lelaki sebelum ini. Seorang hasil perkahwinan dengan Ude Wahid manakal seorang lagi anak sulungnya, hasil perkahwinan terdahulu.

Share this on...