Perlekehkan English bekas kekasih, rupanya geng empat gadis tu pun banyak kesalahan English

4,366 views

Sekarang ni telah tular satu video menunjukkan empat gadis yang dilihat memperlekehkan mesej dalam English dari lelaki dikatakan bekas kekasih kepada salah seorang dari mereka. 

Dari video itu, mereka mengatakan penulisan dari bekas kekasih itu banyak silap, lantas mentertawakannya. 

Ada seorang dari mereka yang turut cuba memperbetulkan penggunaaan ayat English itu, bagaikan mengajar semula. 

Namun ternyata perbuatan empat gadis itu membawa padah. 

Ini kerana, ketika cuba membetulkan ayat dari bekas kekasih itu, rupanya ayat dari empat gadis itu juga banyak kesalahannya. 

Ada beberapa individu yang benar-benar fasih berbahasa English telah tampil membetulkan semula apa yang diungkap dari empat gadis berkenaan. 

Dar satu hantaran, seorang wanita bernama Soffea mengajar semula empat gadis tersebut, kerana banyak kesilapan. 

AYAT SATU 

Bekas kekasih: I nak minta maaf sangat for everything I made it (salah). 

Geng 4 gadis: I nak minta maaf sangat for everything I have made (pun salah). 

Yang betul: I nak minta maaf sangat for everything I’ve done (betul). 

AYAT DUA 

Bekas kekasih : We can be a friend (salah). 

Geng 4 gadis : We can be friend (pun salah). 

Yang betul: We can be friends (betul). Ini kerana untuk jadi kawan, friends, kena lebih dari seorang, oleh itu, kena plural, ada s di belakang. 

AYAT TIGA 

Bekas kekasih: No worries if you want to make me a friend (boleh betul). 

Geng 4 gadis: No worries if you want to be friend with me (salah). 

Yang betul: No worries, if you want to remain friends, you can text (betul). 

Ini komen dari individu bernama Soffea. 

Selain itu ada satu video, seorang wanita mengajar semula empat gadis berkenaan. 

“Kalian nak perlekeh tertawakan lelaki itu, tapi dalam masa yang sama kalian pun buat kesalahan.”

Ini video dari seorang gadis lain yang membetulkan semula ayat dari empat gadis tersebut. 

Dalam pada itu, salah seorang dari empat gadis itu dikatakan telah meminta maaf di atas perbuatan mereka. Namun nampaknya semuanya dah terlambat, kerana hal ini sudah diketahui umum setelah mereka sendiri yang muatnaik video cuba memperlekehkan orang lain.