Baby Shima saman Pu Syed, ini kronologi kes dan puncanya

5,456 views

Penyanyi Baby Shima disahkan telah failkan saman terhadap dua individu iaitu pendakwah bebas Pencetus Ummah, PU Syed dan juga Ketua Pemuda PAS Kuantan, Abd Rahman Mat Noor. 

Hal ini disahkan oleh pihak peguam yang mewakili Baby Shima iaitu Muhammad Noor Azfar Noor Azmi. 

Baby Shima telah failkan saman itu di Mahkamah Tinggi Ipoh, Perak dan juga di Mahkamah Tinggi Kota Bharu, Kelantan. 

Peguam Baby Shima berkata, saman itu dibuat kerana kedua individu berkenaan mengeluarkan kenyataan fitnah terhadap penyanyi berkenaan.  

“Ketika tarikh kenyataan ini, proses penyerahan kertas-kertas kausa kepada individu yang dinamakan sedang dilaksanakan untuk memenuhi tindakan undang-undang.” 

“Untuk hormati mahkamah, dan ambil kira penama belum menerima kertas kausa, anak guam tak berhasrat untuk memberi sebarang ulasan.” 

PUNCA DAN KRONOLOGI KES SAMAN

Punca sebenarnya terjadi setelah Baby Shima hadir mengenakan baju kurung bertudung ketika membuat satu persembahan pada 18 Februari lepas. 

Ketua Pas Kuantan berkata, Baby Shima telah menjual agama kerana hanya memakai baju kurung di event tertentu. 

PU Syed pula menyatakan Baby Shima serang yang tak tahu tentang soal halal dan haram tentang penganjuran konsert. 

Jelas PU Syed, Baby Shima boleh terjerumus kepada golongan Ruwaibidhah iaitu merujuk kepada individu lemah dan tenggelam dengan hal keduniaan. 

REAKSI PU SYED SETELAH DISAMAN BABY SHIMA 

Melalui laman medianya, PU Syed hanya mengetahui dirinya telah disaman setelah pihak media menghubungi dirinya. 

PU Syed berkata, dia hanya redha, dan mengatakan ada hak untuk sampaikan hal yang benar dan cegah kemungkaran.  

“Insya-Allah, itu adalah hak beliau untuk menyaman. Hak kita ni adalah untuk sampaikan kebenaran dan cegah kemungkaran.” 

“Adakah ini merupakan satu musibah atau pun satu anugerah yang Allah hantar sebagai ujian kepada saya dalam usaha untuk cegah kemungkaran yang sedang berleluasa di kalangan masyarakat di bumi Malaysia ini.” 

Antara hastag yang digunakan oleh Pu Syed ialah “Ade ambe takut.

Dalam pada itu, Baby Shima tidak mahu memberu sebarang ulasan tentang tindakan saman yang dibuat ke atas PU Syed dan juga Ketua Pemuda Pas itu.