Pernah interview Siti Bainun, Uyaina sedih dan terkejut “Menyesal pun ada..”

16,519 views

Ketika ini kes melibatkan wanita bernama Siti Bainum dengan kanak-kanak bernama Bella sedang berjalan di mahkamah.

Kes ini mendapat perhatian ramai pihak sehingga Tunku Mahkota Johor dan isterinya Che Puan Khaleeda tampil memberi kenyataan mahu membela nasib Bella akan terjaga.

Kini orang ramai memang naik angin dengan individu bernama Siti Bainun ini.

Ada juga pihak yang muatnaik video lama, interview Siti Bainun dalam slot rancangan Wanita Hari Ini.

Yang menjadi perhatian ialah pengacara Wanita Hari Ini untuk slot berkenaan ialah Uyaina Arshad.

Apabila menonton klip video tersebut, Uyaina terkenang kembali saat berkenaan, dan akui agak sedih dengan apa yang berlaku dan juga meluahkan rasa sesalan.

“Sedih juga apabila saya mula terkenang semula moment dan detik ini. Memang rasa menyesal pun ada.”

Klip video Siti Bainun bertarikh 30 Julai tahun 2020 itu kini dimainkan semula, dan telah menjadi viral.

Dua pengacara termasuk Uyaina Arshad telah interview Siti Bainun yang ketika itu membincangkan topic berkorban apa saja.

Kata Uyaina lagi, ketika interview itu, dia memang tersentuh dengan apa yang dilakukan oleh pengasas rumah Bonda.

“Masa tu saya rasa kagum dengan apa yang dia lakukan. Zaman muda sanggup berbakti pada masyarakat.”

“Tapi bila benda terbongkar, saya memang terkejut sayu dan sedih hati ni.”

“Kerana kes ini masih berjalan di mahkamah, saya harap kes ini akan selesai berpaksikan kebenaran.”

Uyaina bagaimanapun mendapat sokongan dari para peminatnya yang mengatakan dia mana tahu apa yang terjadi, dan Uyaina hanya buat kerjanya saja.

Jangan risau dan sedih, awak hanya jalankan kerja awak saja. Kita pun tak tahu benda nak jadi kan.” Itu antara komen-komen sokongan dari para peminatnya.