“Tak perlu suruh kitorang berdamai” ~Dato Fazley

6,005 views

Dato Fazley Yaakob seorang selebriti yang amat versatile, boleh menyanyi, berlakon dan juga mengaxara. Namun selain hebat dalam bidang seni, Fazley Yaakob juga seorang tukang masak yang amat hebat.

Pernah menjadi juara rancangan Masterchef Selebriti, Dato Fazley Yaakob terus serius dalam bidang masakan dan telah pun membuka kedai makan di Malaysia.

Fazley juga amat aktif di laamn media sosial, dan seringkali memberi pendapat tentang isu semasa tanah air.

Antara isu yang pernah disentuh oleh Fazley Yaakob ialah apabila Dato Seri Vida pernah viral dengan isu Anuar Zain.

Ketika itu Fazley Yaakob dilihat telah menempelak tindakan ahli perniagaan berkenaan.

Seorang yang kaya raya dan amat popular memang tak menjamin adab seseorang. Ada mereka ni mudah lupa diri dan melabel seseorang.” Itu tulisan Fazley yang merujuk komen Vida kepada Anuar Zain.

Sejak dari isu berkenaan, ramai yang ingatkan hubungan Dato Seri Vida dan Fazley Yaakob menjadi dingin dan renggang.

Menjawab isu ini, akhirnya Dato Fazley Yaakob memberi komen hubungan mereka berdua.

“Bila masa saya dan Dato Sri Vida berkelahi, Saya hanya tegur dia baik-baiklah dulu tu. Saya tetap hormat pada beliau.”

“Kepada netizen di luar sana yang asyik cakap Dato Seri Vida ni takut nak jumpa saya dan selalu mengelak dari saya, cuba tengok kami sekarang ni. Masa ni kami di Four Seasons Kuala Lumpur, ok je kami berdua.”

Jelas Fazley lagi, orang diluar sana tak perlukan meminta mereka berdua untuk berdamai, kerana memang tak ada apa-apa pun yang terjadi.

“Tak perlu nak suruh kami berdua untuk berdamai. Masa ni saya siap masak untuk dia lagi. Kami berdua ni sangat okey, betulkan Dato Seri Vida.”

Itulah yang ditulis oleh Dato Fazley Yaakob di caption video yang menunjukkan dirinya dan juga Dato Seri Vida sedang berbuka puasa bersama.