“Pihak perubatan sendiri yang pasang” Pengarah jawab babak Bisik Bisik Gelora

3,807 views

Kini dah berakhir tayanga drama bersiri Bisik-Bisik Gelora di TV3, yang dilakonkan oleh Redza Rosli dan juga Raysha Rizrose.

Dipengakhiran episode drama Bisik-Bisik Gelora ini, ada pula satu babak yang menjadi bualan ramai iaitu cara pemasangan tiub bantuan pernafasan ke atas pelakon utama Redza Rosli. Dikatakan cara pemasangan berkenaan tidak betul.

Pengarah drama iaitu Riza Baharudin tampil memberitahu bahawa sebenarnya adegan berkenaan dah dirujuk kepada pihak perubatan sendiri.

“Jika boleh saya tak nak kait dengan sesiapa. Tetapi saya kena jelaskan bahawa tiub bantuan pernafasan itu telah dipasang oleh individu yang arif tentang perubatan dan bukannya dipasanga oleh production crew.”

“Apabila pihak perubatan yang pasang benda itu, saya tak bolehlah nak memandai-mandai cakap ianya salah. Oleh itu. ketika penggambaran itu, saya anggap cara pemakaian tiub bantuan pernafasan itu adalah betul.”

Babak itu dirakam di sebuah hospital, dan pihak pengarah dah tanya banyak kali kepada pihak perubatan tentang pemasangan tibu berkenaan.

“Banyak kali saya tanya kerana mahu nampak sempurna. Sebelum drama Bisik-Bisik Gelora ini ditayangkan, pihak TV3 pun ada tanya tentang hal itu.”

“Jadi saya pun dengan yakin telah memaklumkan bahawa cara pemasangan tiub bantuan pernafasan itu telah dipasang dengan betul dari pihak perubatan sendiri.”

Riza tetap mengambil kira hal ini sebagai tanggungjawabnya lantas telah meminta maaf.

“Secara rendah diri, sebagai pengarah saya yang perlu pikul tanggungjawab, oleh itu saya minta maaf kepada semua yang terasa.”

“Ini pengajaran, saya akan lebih berhati-hati lepas ini dan akan dapatkan kepastian dari pakar selepas ini.”

“Apabila adegan itu jadi bualan ramai, makna penonton memang peka dengan drama saya, terima kasih.”

Itulah komen dari tuan pengarah, Riza tentang pemasangan tibu kepada pelakon Redza Rosli.