Ini satu kes polis meilbatkan pelakon sedang meningkat naik namanya iaitu Aedy Ashraf.
Satu report telah dibuat oleh Aedy Ashraf, 29 tahun, setelah ada individu yang menggunakan namanya. Individu berkenaan menyamar menjadi Aedy Ashraf dan telah memperdaya beberapa wanita.
Sehingga kini dikatakan sudah ada empat wanita yang telah menjadi mangsanya.
Untuk menjelaskan itu bukan dirinya dan menjernihkan kembali namanya, Aedy Ashraf atau namas ebenarnya Addy Ashraf Rosmadi telah membuat laporan polis.
Dari laporan yang dibuat, Aedy menceritakan dia dapat tahu baahwa ada individu yang gunakan email seakan namanya.
Email itu dihantar dan meminta wanita untuk keluar dengan individu berkenaan dan sudah ada wanita yang terpedaya. Ada yang dah memberikan alamat rumahnya
Aedy mula mengetahui hal itu sekitar satu minggu lalu dan dia lantas terus buat report agar tiada lagi yang terpedaya.
“Satu report polis telah dibuat oleh saya berkait dengan penghantaran email yang menggunakan nama saya.”
“Saya dapat tahu ada individu yang tidak dikenali telah menyamar sebagai diri saya dengan menggunakan emaill samaran iaitu aedyashrafx akaun gmail.”
“Dikatakan ada empat orang wanita telah dimesej oleh individu berkenaan untuk diajak keluar dan seorang dari mereka telah memberi alamat kepada individu berkenaan.”
“Tujuan saya buat report adalah untuk sebagai cover report dan tak mahu maklumat yang diberi akan disalah gunakan oleh individu berkenaan.”
Aedy Ashraf terus mengingatkan kepada semua agar tak mudah tertipu dengan email seakan namanya itu.
“Saya sekali lagi nak tegaskan dan ingin menjelaskan itu bukan email yang dihantar dari saya dan nak mengingatkan semua orang supaya lebih berhati-hati.”
Itulah penjelasan dari Aedy Ashraf tentang report polis yang dia buat itu.