Posting luahan hati Mizz Nina, seolah olah sedang lalui saat sukar? - News Tel

Posting luahan hati Mizz Nina, seolah olah sedang lalui saat sukar?

4,921 views

Sebelum ini ada wartawan tanya tentang rumah tangga yang dibina oleh Noh Hujan dan juga Mizz Nina. Ketika itu Noh Hujan mengunci mulut dan menafikan hubungannya dengan isteri ada isu.

Semalam, Mizz Nina jadi tumpuan setelah muat naik beberapa posting di laman media sosial miliknya, yang menjadi tumpuan para peminatnya.

Melalui laporan Harian Metro, ianya seolah-olah memberi bayangan dia sedang lalui saat yang sukar, namun tidak diberitahu secara terperinci.

Mizz Nina dilihat telah post gambar dengan quote sebegini.

“Dalam sesetengah hal, ianya mungkin kelihatan begitu sukar untuk dilalui. Semua perkara seperti melakukan penghijrahan, melalui kesusahan, kesedihan disebabkan kehilangan, berkelahi, mencari kerja, berpisah atau apa juga keadaan sekali pun, ianya memang nampak sukar, akan tetapi ganjarannya amatlah indah.”

“Boleh disamakan umpama mengambil ubat, tak ada siapa yang nak makan ubat, sebab pahit tetapi tetap kena ambil sebab ia baik untuk kita.”

“Selain itu, anda mungkin menyayangi sesuatu, tetapi tak sedar ada kesannya menjadi tidak baik. Mungkin kita sukanya sebab ianya mudah, dan memberi kegembiraan, tetapi tak dapat ganjaran di masa depan.”

Apa yang di report oleh Mizz Nina ini adalah dari Qalby App, dan ianya penuh dengan maksud yang mendalam.

Ini mesej penuhnya.

Ada juga beberapa lagi posting dari Mizz Nina dari Qalby App ini.

Dilihat di ruangan komen, rata para peminat memberi kata-kata semangat kepada Mizz Nina. Selain itu ada juga yang mendoakan agar semua urusan Mizz Nina baik-baik saja dan akan dipermudahkan.

Diimbas kembali, Noh Hujan sebelum ini menjawab soalan dari wartawan dengan menafikan bahawa perkahwinan dia dan Mizz Nina sedang diuji. Kata Noh Hujan, ketika diajukan soalan itu, dia pun baru saja tahu tentang isu itu.

Latest from Viral


Datuk Ras Adiba Radzi tak sedap hati, mulakan misi mencari Zalina Azman

5,050 views

Datuk Ras Adiba Radzi merupakan antara rakan baik kepada personality TV3 yang hilang iaitu Zalina Azman.

Memanggil Zalina Azman dengan nama Zally, Ras Adiba menyatakan dia akan cuba usaha untuk menjejaki rakannya itu.

Kerana terkejut dengan berita berkenaan, Ras Adiba memulakan misi mencari Zalina Azman di sekitar kawasan Shah Alam, Selangor.

Misi berkenaan dijalan oleh Ras Adiba bersama suaminya Mohamed Azam Ali.

“Saya berharap Zally akan ditemui. Kami akan bercuba juga sama-sama untuk menjejakinya di sekitar kawasan perumahannya.”

“Rakan-rakan suami saya turut mempunyai kenderaan pacuan empat roda dan sedia memberi bantuan dalam misi kami bermula malam tadi. Harap semua berjalan lancar.”

“Zally salah seorang yang pernah bekerja dengan pihak media, harap pihak wartawan dapat sama-sama hebahkan cerita ini agar dia segera ditemui.”

Datuk Ras Adiba Radzi akui dirinya terkejut setelah mengetahui kehilangan Zalina Azman.

“Saya dapat tahu menerusi rakan, Haliza Hashim yang upload gambar laporan polis dan masa tu saya rasa terkejut. Saya ralat apabila kami lambat dapat tahu tentang kehilangan Zalina Azman ini.”

“Memang dah lama saya tak berjumpa dengan Zally. Rasanya kali terakhir bertemu pada tahun 2020 dan selepas itu hanya berhubung melalui mesej saja. Memang ada plan nak berkumpul bersama rakan lain tapi belum berkesempatan.”

Kenangan dengan Zalina Azman, Ras Adiba berkata dia baik ketika sama-sama berkerja dan juga di luar.

“Kami rapat bukan hanya untuk kerja saja. Saya dan Zally selalu juga keluar makan bersama. Cuma apa dah ada keluarga, masa agak terbatas.”

Datuk Ras Adiba menyatakan Zalina memang tak ada cerita tentang sebarang isu.

“Kami tak tahu apa yang dilalui oleh Zalina Azman sebab dia tak pernah cerita bahawa dia ada berdepan dengan sebarang isu.”

Itulah komen dari Senator, Datuk Ras Adiba Radzi tentang kes Zalina Azman.

Go to Top