Datuk Ras Adiba Radzi tak sedap hati, mulakan misi mencari Zalina Azman

4,999 views

Datuk Ras Adiba Radzi merupakan antara rakan baik kepada personality TV3 yang hilang iaitu Zalina Azman.

Memanggil Zalina Azman dengan nama Zally, Ras Adiba menyatakan dia akan cuba usaha untuk menjejaki rakannya itu.

Kerana terkejut dengan berita berkenaan, Ras Adiba memulakan misi mencari Zalina Azman di sekitar kawasan Shah Alam, Selangor.

Misi berkenaan dijalan oleh Ras Adiba bersama suaminya Mohamed Azam Ali.

“Saya berharap Zally akan ditemui. Kami akan bercuba juga sama-sama untuk menjejakinya di sekitar kawasan perumahannya.”

“Rakan-rakan suami saya turut mempunyai kenderaan pacuan empat roda dan sedia memberi bantuan dalam misi kami bermula malam tadi. Harap semua berjalan lancar.”

“Zally salah seorang yang pernah bekerja dengan pihak media, harap pihak wartawan dapat sama-sama hebahkan cerita ini agar dia segera ditemui.”

Datuk Ras Adiba Radzi akui dirinya terkejut setelah mengetahui kehilangan Zalina Azman.

“Saya dapat tahu menerusi rakan, Haliza Hashim yang upload gambar laporan polis dan masa tu saya rasa terkejut. Saya ralat apabila kami lambat dapat tahu tentang kehilangan Zalina Azman ini.”

“Memang dah lama saya tak berjumpa dengan Zally. Rasanya kali terakhir bertemu pada tahun 2020 dan selepas itu hanya berhubung melalui mesej saja. Memang ada plan nak berkumpul bersama rakan lain tapi belum berkesempatan.”

Kenangan dengan Zalina Azman, Ras Adiba berkata dia baik ketika sama-sama berkerja dan juga di luar.

“Kami rapat bukan hanya untuk kerja saja. Saya dan Zally selalu juga keluar makan bersama. Cuma apa dah ada keluarga, masa agak terbatas.”

Datuk Ras Adiba menyatakan Zalina memang tak ada cerita tentang sebarang isu.

“Kami tak tahu apa yang dilalui oleh Zalina Azman sebab dia tak pernah cerita bahawa dia ada berdepan dengan sebarang isu.”

Itulah komen dari Senator, Datuk Ras Adiba Radzi tentang kes Zalina Azman.