Sebelum ini seorang pemilik cafe ada membuat report polis kerana mengesyaki ada terjumpa dengan wanita seakan Zalina Azman yang telah hilang sejak bulan November tahun lalu.
Pihak polis terus buat siasatan tentang individu yang datang ke café berkenaan dan kini telah menemuinya.
Hari ini satu kenyataan dibuat dari Ketua Polis Shah Alam iaitu Asisten Komosioner Mohd Iqbal.
Dari kenyataannya didapati individu yang datang ke café itu bukanlah Zalina Azman. Polis mengesahkan memang ada wanita mirip Zalina Azman yang singgah ke cafe di Seksyen 9 pada Ahad lalu tetapi bukannya bekas personality TV3 yang hilang itu.
Setelah disiasat, wanita yang singgah ke café itu merupakan seorang gelandangan.
Polis telah membuat pemeriksaan, semakan dan datang sendiri ke lokasi café itu untuk mengesahkannya.
“Selepas hebahan tentang kehilangan Zalina Azman, polis ada dapat maklumat dari orang awam dikatakan ada terlihat kelibat wanita itu di sekitar Shah Alam, termasuk sekitar taman tasik, kedai makan dan sebagainya.”
“Namun polis telah siasat dan datang ke tempat yang dimaklumkan tetapi setelah disiasat, memang bukan Zalina Azman.”
“Memang ada jumpa namun wanita itu merupakan seorang gelandangan dan bukannya Zalina Azman.”
Dalam pada itu, polis juga memaklumkan akan meneliti rakaman kamera litar tertutup CCTV di premis café itu untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut.
Polis terus berharap ornag ramai akan terus menyampaikan maklumat untuk membantu siasatan dan pencarian Zalina Azman.
Diimbas kembali, anak kepada Zalina Azman mula membuat report polis di atas kehilangan ibunya itu pada bulan November tahun 2021.
Pada hari Isnin lepas, pihak polis Shah Alam, mula membuat hebahan kehilangan Zalina Azman yang ternyata mengejutkan ramai rakan selebriti yang lain.