Punca sebenar Nabil Ahmad hilang minggu pertama GV7 terjawab, ini penyakitnya

3,537 views

Misteri tentang kehilangan pengacara Nabil Ahmad ketika minggu pertama Gegar Vaganza musim baru pada minggu lepas telah jadi tanda tanya ramai pihak terutama para peminatnya.

Dikatakan Nabil Ahmad telah menarik diri pada saat akhir dan akhirnya terpaksa akur untuk undur diri bagi episode pertama Gegar Vaganza musim ke tujuh pada minggu lepas.

Ramai yang tertunggu sama ada Nabil akan meneruskan karier nya sebagai pengacara untuk episode kedua ini.

Akhirnya semalam, Nabila Ahmad telah muncul semula untuk mewarnai rancangan yang amat sinonim dengan dirinya dan juga Jihan Muse.

Ketika di satu slot, Nabil Ahmad ada mendedahkan punca dia tak dapat datang pada minggu lalu. Pelawak yang juga bekas juara Raja Lawak ini memberitahu bahawa dia sebenar kena penyakit angina pasang atau hernia.

Ini sedikit kata-kata secara live: “Hidup ini boleh kata macam diibaratkan lautan. Ada masanya ia surut dan kemudian ada masa pasang. Pada hari itu, dah kena pasang. Sebenarnya saya hidap hernia atau angin pasang

Ramai juga antara kita yang tak tahu apa itu hernia. Ianya sebenarnya berlaku kerana ada lapisan di bahagian otot abdomen yang dah kendur dan lemah menyebabkan ada ruang terbuka. Kemudian bonjolan boleh terkeluar dari ruang itu.

Sememangnya sekiranya hernia terjadi, seseorang itu perlu rehat yang cukupnya dan perlu menerima rawatan mengikut jenis dan juga severity hernia itu. Ada juga surgery yang diperlukan untuk merawat hernia ini.

Hernia yang agak teruk boleh menyebabkan akan berlaku sumbat dan jangkitan kuman serta pesakit boleh merasa kurang selesa dan sakit.

Semoga Nabil Ahmad akan sembuh dari penyakit hernia ini. Buat masa sekarang kenalah kurang angkat berat dan main gym tu, sebab hernia ni tak buat kerja berat terutama yang beri tekanan pada badan.

Di imbas kembali, Dato Ac Mizal menjadi penyelamat dan telah menggantikan Nabil Ahmad di saat akhir, kurang dari 24 jam saja dari show bermula.

Gegar Vaganza minggu kedua memperlihatkan peserta Haslinda telah diumumkan tersingkir dari saingan.