Pelakon Norreen Iman seringkali dikaitkan dengan watak pelakon pembantu dalam banyak drama.
Sungguhpun Norreen mula terlibat dengan serius dalam bidang lakonan ketika ini, sebenanrya Norreen juga bermula sebagai seorang influencer.
Malahan dia mempunyai pengikut yang ramai dan kini laman IG sudah mempunyai seramai 900ribu pengikut.
Pelakon berumur 28 tahun ini menjadi tular baru-baru ini kerana muatnaik sesuatu di laman Instagram miliknya
Gambar berkenaan dimuatnaik semalam, dan telah menjadi buah mulut orang ramai termasuk para peminatnya.
Norreen Iman muatnaik gambar dirinya dengan memakai baju yang memperlihatkan bahagian pusatnya.
Caption yang ditulis pula ialah bertanay kepada suaminya sama ada dia cantik. “Hai suami, comel tak bini you ni.”
Namun begitu ternyata foto berkenaan mengundang banyak komen yang terus mengulas bahagian pusatnya yang dilabel tak patut ditayangkan.
Individu bernama Azhanrazify menulis: “Pusat berkeladak.”
Helmieshawal pula menulis: “Macam bekerak siak pusat dia. Tak malu dengan Tuhan pun, malulah dengan pusat yang dah bekerak tu.”
Ada juga sempat memberi komen meminta Norreen untuk cuci pusatnya itu.
Dikmad menulis: “Pusat tu sudah boleh guna minyak safi dengan cotton bud dan kena rajin-rajin sikit untuk cuci.”
Ada juga beberapa individu bertanya mana nak dapat keyakinan yang tinggi macam dimiliki oleh Norreen Iman ini.
Annamardin bertanya: “Mana nak dapat keyakinan macam dia ni.”
Akaun menggunakan nama Penentangliberal pual berkata: “Pusat dah berkerak tapi betul punya confident kau ni. Cuba confident depan malaikat nanti, kena taubat.”
Dalam pada itu, gambar ini turut mendapat reaksi rakan artis seperti Uqasha Senrose, Fatin Afeefa dan beberapa lagi.
Ini antara komen dari rakan artis.
Untuk info, Norreen Iman kini dah berkahwin dan dah pun mempunyai dua orang anak hasil perkahwinannya itu.