Erry Putra baru-baru ini telah pun menjalani pembedahan kecemasan ekoran penyakit yang dialami olehnya.
Pelakon berumur 44 tahun ini mengalami satu kondisi kecemasan apabila bahagian apendiknya yang dijangkiti kuman telah disahkan pecah oleh pihak perubatan.
Doktor lantas membuat pembedahan agar tiada komplikasi akibat daripada keadaan yang dipanggil perforated appedicitis itu.
Erry Putra ada muatnaik keadaan dirinya di hospital ketika jalani rawatan di hospital namun ada sesuatu yang buat pelakon ini tak senang duduk.
Ini ekoran ada laporan yang menulis seakan dirinya dalam keadaan yang agak kritikal. Apatah lagi gambarnya telah di hitam putihkan, seakan dirinya dah tiada.
Melihat foto serta laporan berkenaan, Erry Putra berasa amat kesal. Katanya sebelum ini rakannya iaitu Nad Zainal pun kena macam tu.
“Zaman sekarang ni memang caption ni ke, ianya amat mengelirukan orang ramai.”
“Hari itu aku tengok kawan aku Nad Zainal pun kena sampai orang ingat macam-macam, tapi sekarang aku sendiri pula yang terkena. Sama macam Nad dulu.”
Ini foto serta luahan dari Erry Putra.
Sementara itu, Erry Putra ada bercerita sedikit tentang keadaan dirinya. Jelasnya masa mula kena, dia ingatkan ada gastric saja, tak sangka rupanya apendiks yang bermasalah.
“Mulanya ingat gastrik rasa perut tak selesa, saya pergi ke klinik. Tapi mereka check dan beritahu mungkin kena apendiks.”
“Saya masa tu memang lemah tapi terus drive ke hospital.”
“Apabila sampai di hospital, doktor check dan cakap apendiks dah pecah dan kena buat pembedahan kecemasan.”
“Saya minta tangguh, tapi doktor kata ini merupakan satu kes kecemasan dan kena terus buat pembedahan.”
Itulah ceritanya tentang pelakon Erry Putra, semoga kembali sihat seperti sediakala, amin.