Bekas peserta Gegar Vaganza musim 9 iaitu Shila Amzah telah tampil dengan sebuah lagu baru berjudul Jauh Hati. Lagu ini telah dilancarkan semalam dan sudah pun ditonton 5ribu kali.
Bercerita tentang lagu barunya ini, Shila Amzah, 32 tahun, akui bahawa ianya memang berkisar tentang kehidupannya dengan bekas suami iaitu Haris Edraki.
Jelas Shila Amzah lagi, lirik lagu ini ditulis satu hari sebelum dia dan anak keluar dari rumah yang diduduki bersama Haris Edraki.
“Memang lirik dan melodi lagu ini saya tulis sehari sebelum saya dan anak keluar dari rumah.”
“Kalau dilihat dari lirik, memang saya tak nafikan bahawa ianya berkisar tentang kisah hidup saya bersama dengannya.”
“Sungguhpun dah lama, tapi saya tetap rasai keperitannya.”
Shila Amzah juga berkata bekas suaminya itu patut berbangga sebab ada lagu untuk dirinya.
“Saya kenal dia macam mana, mustahil dia ada rasa tak puas hati pada saya.”
“Jika dia tahu saya tulis lagu ini tentang hidup bersama dia, patutnya dia bangga, siapa nak tulis lagu untuk dirinya.”
“Saya memang seorang yang terbuka dan tak ada rasa cuak lagi, dia pun tahu saya memang suka menulis.”
Tambah Shila Amzah lagi, selepas berpisah dengan bekas suaminya itu, dia memang rasa bagaikan orang yang baru.
“Saya lebih tenang, lega dan hidup saya rasa ringan sekarang ni.”
“Dapat rasa macam saya dapat balik kehidupan saya yang sebelum ini, rasa muda dan amat ceria.”
Itulah pencerahan dari Shila Amzah tentang lagu Jauh Hati yang ditulis tentang kisah perkahwinanya dengan Haris Edraki.
Shila Amzah dan Haris Edraki berkahwin pada tahun 2018 dan berpisah bulan Februari 2022.