Qusyairi dah kena block, unfollow dengan Dato Seri Vida “Tak sempat berdamai”

6,700 views

Nama Qusyairi naik mendadak setelah diumumkan sebagai pembantu peribadi atau PA kepada ahli perniagaan berstatus selebriti iaitu Datuk Seri Vida.

Pemuda berumur 26 tahun ini yang lebh mesra dikenali dengan nama Qush, memberitahu bahawa, dia bukannya mahu mencipta popularity.

Qush bukanlah seorang yang amat dahagakan popularity atau glamor, sebaliknya hanya mahu fokuskan kerjayanya.

Pendedahan yang dia lakukan tentang khidmatnya dengan Dato Seri Vida sebelum ini, hanya untuk jelaskan apa sebenarnya yang terjadi agar tak ditanya lagi oleh orang ramai.

“Sejak dulu lagi saya memang tak ada sebarang isu, saya pun tak minat nak sensasi ni. Apa yang saya ceritakan itu untuk beri penjelasan hal sebenar saja.”

“Tak perlu kata saya ni nak meraih populariti sebab saya pun dah ada pengikut tersendiri di laman sosial.”

Itu kata Qush, yang sebelum ini memang mempunyai jumlah follower yang ramai di laman media sosial terutama di Tiktok.

Qush akui, dia kena jelaskan kepada semua pihak bahawa dia bukanlah PA kepada Dato Seri Vida.

“Apabila ada yang asyik tanya, saya kena jawab agar orang tahu situasi sebenar dan tidak lagi ingat bahawa saya ni PA kepada Vida.”

“Tapi apa yang berlaku ni, saya tak ada rasa tertekan. Hidup pun terus macam biasa dan saya rasa senang setelah jelaskan hal sebenar.”

Dalam pada itu, Qush juga memberitahu bahawa Dato Seri Vida dah pun unfollow dan block akaun Instagram miliknya.

Jadi usaha untuk pulhkan hubungan nampaknya semakin sukar.

“Kalau Dato Seri Vida dah unfollow saya di media sosial, macam mana nak berdamai. Saya ni tak ada masalah dan tak mahu cari pasal dengan sesiapa. Mungkin satu hari nanti saya jumpa dan berdepan dengan Vida, boleh ucap terima kasih juga.”

Itulah komen terbaru dari Qusyairi atau Qush, bekas pembantu peribadi Dato Seri Vida.