Syarikat makanan pula buat report polis ke atas Mak Wan Latah, baca kronologi kesnya

23,911 views

Kini satu lagi kes melanda Mak Wan Latah. Yang terbaru ini, ianya berkaitan dengan kerja pula.

Dari satu laporan, dikatakan sebuah syarikat makanan telah buat report polis ke atas pelakon ini kerana langgar kontrak.

Mak Wan Latah dikatakan tak hadir ke sesi penggambaran untuk sebuah iklan untuk syarikat makanan berkenaan.

Dikatakan, alasan yang diberikan ialah ujian saliva test Mak Wan positif. Namun begitu, pihak produksi umpama tak percaya kerana beberapa sebab seperti ujian itu tiada tarikh dan juga nama Mak Wan.

Malah ada juga gambar kononnya Mak Wan berada di tempat lain.

“Dah berbincang dan Mak Wan setuju. Pada tarikh 30 Mac 2022, Mak Wan tandatangani perjanjian kerja semasa berada di pejabat syarikat. Sebelum itu, pada 29 Mac 2022, syarikat ada membuat bayaran 50 peratus secara online. Kemudian, pada 1 April 2022, pihak syarikat sudah membuat bayaran ke dua.”

“Namun, pada hari penggambaran iaitu 2 April 2022, Mak Wan memaklumkan dia positif dengan menghantar bukti ujian saliva.”

Jelas syarikat itu, dia meminta Mak Wan memulangkan semula wang yang diterima Mak Wan, namun sehingga laporan polis dibuat, wang berkenaan masih belum dipulangkan.

Yang buat syarikat itu bingung, Mak Wan juga dikatakan tak angkat call dan telah block nombor phone.

Ini pendedahan dari syarikat berkenaan.

Setelah isu ini tular, akhirnya Mak Wan memberi respon yang minima tentang isu ini pula. Baginya apa yang berlaku semuamnya satu ujian buat dirinya.

“Saya pun tak tau nak cakap apa dah. Memang banyak ujian pada saya, nak buat macam mana? Allah yang berikan pada saya.”

“Dah cuba untuk jadi kuat, tapi saya ni menangis juga, sebab saya ni wanita biasa.”

Itu komen dari Mak Wan melalui satu sesi live di akaun media sosial miliknya.