Aripah Damanhuri dikejarkan ke hospital, kini ditidurkan

6,892 views

Ini perkembangan terkini tentang seorang pelakon beteran tanah air iaitu Aripah Damanhuri. Melalui satu entry oleh Normah Damanhuri, Aripah yang merupakan kakaknya, telah dimasukkan ke unit ICU di sebuah hospital.

Aripah Damanhuri telah dikejarkan ke hospital tengah malam tadi setelah level oksigennya berkurangan dan kini telah ditidurkan oleh pihak hospital.

Ini caption yang ditulis oleh Normah Damanhuri di ruangan IG miliknya.

“Satu satunya kakakku, Aripah Damanhuri, kakak kesayangan dunia dan juga di akhirat. Kini beliau telah berada di ICU dan ditidurkan.”

“Minta semua dapat doakan agar Kak Aripah diberi kesembuhan kepadanya. Semoga doa kita semua akan diperkenankan oleh Illahi. Semoga kak Aripah akan panjang umur dan kembali sihat. Amin.”

Sementara itu, dari laporan Harian Metro, anak kepada Aripah Damanhuri bernama Boy telah mengesahkan hal berkenaan.

“Salam semua. Saya ni Boy, anak kepada Mak Aripah Damanhuri. Saya mahu maklumkan bahawa mak sekarang ini sedang di intubate dan telah pun ditidurkan di kecemasan Hospital Kuala Lumpur atau HKL.”

“Laporan awal, doktor rasa mak ada jangkitan kuman di bahagian paru-paru. Pohon doa semua ye agar semua urusan mak akan dipermudahkan.”

Boy kemudian berkata, Aripah Damanhuri sebenarnya tak ada sebarang penyakit yang teruk sebelum ini. Di awal bulan, dia ada masuk hospital kerana gout.

“Lepas keluar dari hospital sebab gout, nampak mak dah hilang seleran makan dan minum, tetapi keadaan dia masih lagi okey.”

“Tapi baru-baru ini emak semakin teruk setelah dia tak mahu makan langsung sampai petang semalam bila dia dah tak beri respon semua.”

“Kami terus call ambulans bawa mak ke HKL. Doktor buat pemeriksaan dan mendapati bacaan oksigennya menurun kepada 80 peratus dan level darah pun kurang juga.”

Jelas Boy lagi, pihak doktor kemudian buat keputusan tidurkan ibunya dan memberiathu ada empat organnya terjejas. Namun organ berkenaan tidaklah alami kerosakkan.

“Kini emak bergantung kepada bantuan pernafasan. Kami sedang tunggu perkembangan lanjut. Doakan mak.”

Tentang kehidupan emaknya sebagai pelakon Boy menyatakan Aripah Damanhuri dah bersara dari dunia lakonan.

“Sudah lima tahun emak bersara dari dunia lakonan ni. Sekarnag dia banyak sertai program santai saja dengan kawan-kawannya.”

Sama-sama kita doakan agar Aripah Damanhuri kembali sihat.