Menerusi satu majlis tertutup, pelakon sedang meniti populariti iaitu Raja Afiq, 25 tahun, buat keputusan untuk bertunang dengan gadis pilihannya. Pelakon ini mengesahkan telah bertunang dengan seorang anggota polis iaitu Soffwany Yusoff, 31 tahun.
Mengikut rancangan awal, pasangan ini sebenarnya mahu melangsungkan majlis akad nikah mereka pada tahun ini juga, namun segalanya akan diberitahu kelak.
Soffwany menceritakan bahawa majlis tunang mereka diadakan pada beberapa bulan yang lepas dan di waktu itu mereka mengambil keputusan untuk tidak berkongsi kisah peribadi pada umum.
“Kami berkenalan bermula awal tahun ini, namun kami tidak pernah dedahkan status hubungan kami berdua.
“Kemudian kami bertunang beberapa bulan yang lalu namun memilih tak mahu hebohkan hal ini sebab kami tak sedia untuk berkongsi cerita. Ketika itu, hanya family yang tahu tentang status kami”.
Saffwany akui mereka berkenalan secara singkat sahaja dan telah mengambil keputusan untuk terus ke fasa yang serius.
“Pada mulanya, kami selalu balas mesej kat Instagram. Kalau ikutkan, Raja Afiq ada mesej di IG dan awalnya saya memang tidak layan Raja Afiq. Namun dia tak putus asa mesej saya juga. Dari mesej di situ, kemudiannya kami tukar nombor phone dan jadi rapat”.
Jelasnya lagi, majlis pernikahan dirancang pada bulan Ogos mahupun paling lewat September tahun ini, namun semuanya terpaksa ditangguh ekoran keadaan semasa yang terjadi.
“Patutnya kami akan adakan majlis pada Ogos atau September ini tapi disebabkan PKP, majlis telah ditangguhkan ke satu tarikh yang belum dapat dipastikan. Harapnya dapatlah dibuat sebelum tahun depan.
“Lagi pula, masih banyak persiapan tak dibuat. Raja Afiq pun belum sempat untuk ke kursus kahwin”.
Soffwany merupakan polis di bahagian Pasukan Gerakan Udara dan pernah viral sebelum ini kerana mempunyai bakat nyanyian yang amat baik.
Raja Afiq pula pelakon yang melonjak naik namanya ketika berlakon dalam drama Sayangku Kapten Mukhriz, dan Cinta Non Grata.