Ramai mengadu PA teramat bongkak dan kekwat, akhirnya ini respon Khairul Aming

2,395 views

Nama Khairul Aming cukup dikenali ramai. Dengan video yang amat ditunggu tunggu ketik abulan Ramadhan, Khairul Aming sudah mengukuhkan jenamanya. 

Berjaya memikat hati para penonton dengan video masakan terutama di bulan puasa, Khairul Aming terus mencipta kejayaan sebagai seorang usahawan. 

Pemuda berumur 30 tahun ini mencerburi perusahaan sambal, dan amat laku keras. 

Namun hari ini, nampaknya nama Khairul Aming agak tercalar ekoran beberapa luahan hati dari beberapa individu. 

Mulanya seorang individu meluahkan rasa sesal apabila pembantu peribadi PA atau manager Khairul Aming dikatakan bersikap kekwat. 

Malahan jelas individu berkenaan manager Khairul Aming itu lebih kekwat dan sukar untuk berkomunikasi berbanding PA atau manager kepada penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza.  

“Kekwat betul. Aku hubungi manager kepada Tokti pun tak kekwat macam dia ni. Aku dah meluat dan nyampah. Aku tanya pada dia, boleh tak saya nak cakap terus dengan influencer itu. Lepas itu PA puaka tu cakap ini.”  

“Apa pun tentang influencer berkenaan awak kena melalui saya dulu ye. Tak apa ya kami tak berminat. Sebab kami pun busy nak shoot video lagi.” 

Selain individu berkenaan, rupanya memang ramai lagi yang dah terkena dengan sikap kekwat PA atau manager kepada Khairul Aming itu.  

“Memang betul pun. Saya pun kena awal tahun dulu, kalau tak boleh review cakap lah elok-elok. Siap cakap ni, who are you, sampai terus nak cari Khairul Aming. Kalau baru start, baik cari yang level dengan you saja. You mampu ke nak memberi tajaan pada kita semua ni.” 

Melihat ramai yang meluahkan rasa kurang senang kepada manager atau PA yang menguruskannya, Khairul Aming akhirnya memberi respon balas. 

Ini komen dari Khairul Aming tentang isu ini. 

“Terima kasih di atas feedback yang diberikan. Saya minta maaf. Saya terlepas pandang sebab memang beri sepenuhnya hal komunikasi dengan client kepadanya.” 

“Saya akan uruskan segalanya sendiri dan cuba selesaikan hal ini dengan segera.” 

Tindakan pantas dari Khairul Aming ini diharap dapat selesai isu ini. 

Ramai yang meminta Khairul Aming untuk mengambil pihak yang lebih profesional untuk lebih berjaya dan tidak hanya menggambil rakan-rakan saja.