“Sampai 5 jam kena tunggu, banyak benda lain saya boleh buat” Man kena sidai dengan Tauke

1,464 views

Sebelum ini pelawak Man Raja Lawak pernah berganding dengan Tauke Jambu untuk program Maharaja Lawak Mega untuk edisi 2018. 

Memang dianggap satu gandingan yang baik, namun kumpulan ini tak kekal dan mereka tidak lagi berganding. 

Melalui satu tembual bersama portal Mstar, Man akhirnya akui dan memberitahu sebenarnya dia banyak kali kena sidai dengan Tauke. 

Dari portal Mstar juga, Man akui akan fikir banyak kali kalau nak berganding dengan Tauke untuk mana-mana pertandingan selepas ini. 

“Apa yang saya boleh cakap, Tauke ni kalau bab kerja memang dia amat bagus. Tentang idea, dan jika dia dah commit tu, memang bagus, saya boleh bagi A plus untuk itu.” 

“Cumanya, Tauke ni selalu buat kawan untuk tunggu lama. Jika untuk pertandingan memang kena fikir dua tiga kali, sebab banyak masa untuk tunggu tu, saya boleh buat benda lain.” 

“Nak menunggu lama itu merupakan satu bebanan untuk saya, kalau dah llima enam jam nak tunggu tu banyak benda saya boleh buat kat rumah.” 

“Kalau saya tak penyabar, dah lama dah, dalam minggu kedua ketiga saya minta kita keluar sajalah.” 

“Kena sidai tu standardlah, tapi tak tahulah rasanya dia dah berubah.” 

Sungguhpun begitu, Man memberitahu jika bab bukan kerja, hubungan dia dan Tauke masih lagi okey saja. 

“Hubungan antara saya dengan Tauke okay, kalau bukan bab kerja memang okey. Kalau dia mesej, saya pun mesej balik. Call apa semua, macam biasa saja.” 

“Macam hubungan dengan abang adik la, kalau kita bengang dengan abang kita pun, kita masih contact.” 

“Mana mana kumpulan pun, jika kita ada rasa selesa akan kekal lama. Tapi jika ada rasa macam tak best, tu memang tak akan kekal lamalah. Kalau berpura-pura nanti akan terbongkar jugalah.” 

Itulah komen dari Man Raja Lawak tentang Tauke Jambu.