Ramai pertikai Aliff Aziz rangkul Intan Najuwa sebab ingat dah berhijrah, ini respon Intan

12,303 views

Hari ini dua nama pelakon terkenal Aliff Aziz, dan juga Intan Najuwa jadi topic utama dikalangan netizen.

Ini setelah ada video memperlihatkan mereka berpelukan di Genting Highland, Pahang.

Memang diakui, mereka ini sedang jalani penggambaran, dan itu semua lakonan semata-mata.

Akan tetapi, netizen mempersoalkan mengapa Aliff Aziz berlakon sedemikian rupa, sedangkan sebelum ini dilihat seakan dah berhijrah.

Banyak komen dari netizen seakan mempersoalkan tindakan dari Aliff Aziz itu walaupun hanya berlakon.

“Kenapa berlakon macam tu, ingat betul-betul dah berubah, berhijrah.” Antara komen dari orang ramai.

“Ingat kalau berlakon malaikat memang tak catat ke.” Satu lagi komen dari netizen.

Melihat video ini viral, dan ramai yang memberi komen, pelakon wanita, Intan Najuwa tampil memberi komen.

Intan Najuwa, 24 tahun, menegaskan bahawa itu memang lakonan semata-mata dan merupakan antara babak untuk drama berjudul Jodohku Babysitter.

Katanya, dalam video tu pun dah jelas kelihatan ada pekerja serta crew produksi drama berkenaan, dan bukannya saja berpelukkan sedemikian.

“Itu kan kami tengah jalani penggambaran, nampak tak, ada kamera tengah rolling tu. Semua orang ada kat situ tengah buat drama Jodohku Babysitter. Ingat apa nak peluk saja-saja ke, dah tak ada kerja sangat ke.”

Intan Najuwa sebenarnya mempertikai tajuk blog yang dilihat seakan mengundang persepsi yang kurang tepat.

“Headline ni pun agak mengundang, mengapa perlu nak sebar benda-benda yang tidak baik.”

Untuk info, Aliff Aziz, yang merupakan juara Gegar Vaganza, kini menjadi teraju utama drama bersiri berjudul Jodohku Babysitter bersama Intan Najuwa dan turut dibantu beberpaa pelakon lain seperti Ellyas Abdullah, Natasha Elyzza, Sharifah Shohara, Yuna Rahim, Nina Juren, Isaac Iman dan Tasya Nazira.