Mak Wan Latah dipinggir keluarganya sendiri, ini pendedahannya

3,527 views

Kisah pelakon lama, Mak Wan Latah, tiba-tiba banyak pula yang keluar. Satu persatu isu berkaitan jadi tajuk berita di portal berita hiburan tanah air.

Bermula dengan kisah perkahwinannya, kini timbul pula isu Mak Wan dengan wanita yang merupakan bekas pembantu atau pengurus peribadinya.

Semua yang berlaku ini, membuatkan hubungan antara Mak Wan dan keluarga sendiri, menjadi tidak baik.

Mak Wan Latah akui dirinya telah dipinggirkan oleh keluarganya sendiri.

Pemilik nama sebenar Halimatussadiah Mohd Daud, ini menyatakan, dia dan ahli keluarga sendiri tidak baik setelah terpengrauh dengan pelbagai isu yang tersebar.

“Betullah, Mak Wan tak disukai oleh keluarga sendiri sekarang ini, memang Mak Wan ni orang yang tak baik. Mak Wan ni jahaat, saya seorang adik dan kakak yang jaahat.”

Itulah luahan hari dari Mak Wan tentang hubungannya dengan adik beradik lain, seperti dilaporkan Mstar.

“Akan tetapi untuk pengetahuan semua, walau Mak Wan ni tak baik, janganlah nak hakimi seseorang tanpa tahu apa yang dia sedang lalui.”

“Jika ahli keluarga sendiri, siapa lagi yang nak tolong dan support. Mak Wan pun tak mahu macam ini.”

“Memang semua percaya sebab termakan dengan kata-kata orang lain, percaya ftnah. Nanti bersusun semua cari Mak Wan di akhirat.”

Jelas Mak Wan, dia tak mahu bercerita tentang kes dengan pembantu peribadinya itu, iaitu Amell yang sedang menyebarkan kisah hidupnya di laman media sosial.

Pelakon berumur 61 tahun ini juga tak mahu berbicara tentang dakwaan duit yang hilang.

“Tentang isu duit tu, Mak Wan tak mahu cakap lanjut, sebab ianya kan masih dalam siasatan polis. Mak Wan takut kalau tersalah cakap.”

Tentang perkembangan terkini dunia seni, Mak Wan Latah kini telah membintangi teater Mak Cik Dara dan Bawang.