Ramai kata kalau Beto jadi Mat Kilau lagi best.. Ini reaksi Adi Putra

32,322 views

Filem Mat Kilau kini mencatat sejarah dalam dunia perfileman tanah air. Bukan biasa-biasa, kutipan filem berdasarkan kisah sejarah ini disahkan sebagai filem tempatan paling laku untuk sepanjang zaman.

Pelakon utama filem ini dilakonkan oleh Dato Adi Putra yang membawa watak sebagai Mat Kilau. Antara pelakon lain ialah Beto Kusyairi sebagai Wahid, Fattah Amin sebagai Awang dan Johan Asaari sebagai Yasin.

Sudah tiga minggu ditayangkan, kini ada pula pihak yang berkata bahawa sekiranya Beto Kusyairy yang memegang watak Mat Kilau, ia akan jadi lebih hebat. Ada mengatakan Beto lebih layak bawa watak utama dalam filem ini.

Menjawab isu ini, Dato Adi Putra tak ada pun tersinggung, sebaliknya meletakkan itu sebagai rezeki yang sudah tertulis buat dirinya. Ini komennya kepada portal Getaran.

“Seperti pujian saya sebelum ini, saya akui dan dapat rasa Beto ni memang seorang pelakon berbakat dan serba boleh. Oleh itu tiada masalah jika dia yang membawakan watak Mat Kilau. Tetapi mungkin sudah tertulis, ini rezeki saya bawa watak ini.”

“Watak sebagai Mat Kilau ini agak terbatas sebab ia kena selari dengan apa yang tercatat dalam sejarah. Ini satu cabaran sebab pelakon kena sampaikan watak mengikut kemampuan mereka.”

“Sukar nak yakinkan mata dan jiwa penonton terhadap sesuatu watak yang kita bawa. Saya rasa jika Beto yang bawakan watak ini, dia pun mungkin akan berdepan kesukaran yang sama juga.”

Tentang perbandingan antara dirinya dengan Beto, Adi Putra berkata itu hanya pandangan sesetengah pihak saja.

“Antara saya dan Beto, tak ada siapa pun yang rasa siapa lebih layak lakonkan watak ini. Ini satu perbandingan yang dibuat oleh orang luar saja.”

“Apa pun, Beto Kusyairy ni memang hebat. Itulah yang saya boleh katakan.”

Itulah respon balas dari Dato Adi Putra tentang pendapat bahawa Beto Kusyairy lebih layak bawa watak Mat Kilau.