Rancangan realiti nyanyian popular, pentas Gegar Vaganza musim ke sembilan telahpun dibuka semalam, Ahad 18 September 2022.
Seramai 13 peserta tampil untuk musim ini demi merangkul kejuaraan sebagai pemenang GV9 kali ini.
Tahun ini, boleh dikatakan ramai penyanyi berstatus bintang muda telah menyertai pertandingan ini sekaligus membuatkan pentas kali ini teramatlah sengit.
Selain peserta yang hebat belaka, kali ini juga menampilan pengacara yang baru iaitu Elly mazlein yang bergandingan dengan Nabil Ahmad.
Elly Mazlein dipanggil untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Jihan Muse yang kini dalam pantang setelah melahirkan anak keduanya baru-baru ini.
Ramai yang tertunggu-tunggu bagaimana agaknya gandingan antara kedua pengacara ini.
Pada minggu pertama ini, kemunculan Elly Mazlein di atas pentas GV9 akhirnya boleh dikatakan telah berjaya menghiburkan para penonton.
Elly Mazlein berjaya memikat hati para penonton dengan telatahnya yang selamba dan spontan.
Nabil Ahmad dilihat ada beberapa kali membahan Elly Mazlein kerana sebelum ini merupakan peserta Gegar Vaganza dan dia pernah menarik diri.
Paling diingati malam tadi ialah ketika segmen ada lagu ada lagi, yang mana gaya Elly Mazlein berjaya menggeletek hati para penonton yang rata-rata terhibur dengan telatahnya itu.
Elly Mazlein dilihat seperti amat hyper dan begitu bertenaga di segmen berkenaan, sehinggakan masuk ke bahagian peserta.
Nabila Ahmad sampai garu kepala melihat telatah Elly Mazlein itu, dan jelas kelihatan tidak dapat di control olehnya.
Ini antara komen netizen yang suka dengan Elly Mazlein malam tadi.
Tahniah buat Elly Mazlein kerana berjaya mengacara dengan baik malam tadi bersama Nabil Ahmad.
Semoga minggu akan datang Elly Mazlein dan Nabil Ahmad akan terus menghiburkan para penonton rancangan Gegar Vaganza musim ke sembilan ini.