Ramai sayu melihat momen ayah Adibah Noor tatap wajah anak buat kali terakhir

11,650 views

Berita pemergian penyanyi dan pelakon Adibah Noor petang semalam, telah membuatkan ramai yang terkesima, terkejut dengan berita berkenaan.

Adibah Noor dilihat ada susut badannya baru-baru ini, namun tak ramai yang mengetahui kisah barah yang dialami olehnya.

Rupanya dah sampai stage ke empat, masih lagi Adibah Noor tidak bercerita tentang hal ini.

Hari ini Adibah Noor telahpun selamat dikebumikan. Jenazah arwah Adibah Noor telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU 2, Keramat hari ini.

Malam tadi, jenazah Adibah Noor di bawa ke rumah bapanya, Haji Omar. Kemudian pada pagi ini, jenazah di bawa pula ke Masjid Al Ansar, untuk pengurusan seterusnya.

Ketika di bilik pengurusan, ada satu detik yang membuatkan ramai yang rasa pilu.

Ini apabila bapa kepada Adibah Noor, iaitu Haji Omar telah di bawa masuk ke bilik pengurusan jenazah untuk menatap wajah anaknya buat kali terakhir.

“Haji Omar, peluklah, ciumlah anak buat kali yang terakhir, lepas ni kita dah tak bertemu dah.” Suara dari pihak yang menguruskan jenaza Adibah Noor.

Diruangan komen, rata-rata sayu melihat moment berkenaan dan mengatakan tiada bapa atau ibu yang mahu melihat anak pergi dulu dari dirinya sendiri.

Selain itu, Haji Omar juga dilihat hadir ketika bacaan Yassin dan juga ketika anaknya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU2 Keramat pagi tadi.

Sementara itu, begitu ramai yang dilihat hadir ke pengebumian Adibah Noor termasuk rakan artis seperti Remy Ishak, Datuk M Nasir, Datuk Hans Isaac, Suki, dan ramai lagi.

Semua perjalanan pengurusan pengebumian jenazah telah berjalan dengan lancar dan baik sekali. Sama kita diakan agar semoga roh arwah Adibah Noor akan dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman, amin.