“Tolong jangan tayang foto arwah Adibah Noor yang tak menutup auratnya” ~ PU Riz

4,401 views

Semalam petang, penyanyi, pengacara dan pelakon terkenal Adibah Noor telah menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Berita tentang pemergian Adibah Noor ini ternyata telah mengejutkan orang ramai, termasuklah rakan dalam bidang seni sendiri.

Dengan pemergian Adibah Noor ini juga, maka ramai yang dilihat telah mula muat naik fotonya untuk memberi ucapan takziah.

Selain itu, ada juga yang muatnaik foto serta video kenangan bersama arwah Adibah Noor unutk mengingati moment indah bersama arwah.

Akan tetapi, sudah diketahui, bahawa arwah Adibah Noor kebanyakkannya tampil dengan imej tak bertudung.

Kerana ini, pendakwah dan selebriti PU Riz telah menulis pendapatnya tentang hal ini dan meminta jasa baik orang ramai agar tak muatnaik lagi foto, gambar atai video arwah Adibah Noor yang memperlihatkan aurat nya di laman media sosial.

PU Riz atau nama penuhnya Muhammad Haris Mohd Ismail telah muatnaik pandangannya itu melalui satu entry di Instagram.

“Saya minta semua orang yang mengenali Adibah Noor, tak perlulah tayang lagi gambar serta foto Adibah Noor yang tidak tertutup auratnya.”

“Cukuplah sekadar sedekahkan bacaan al fatihah. Kita dah tak perlu lagi nak sebarkan benda yang tak sepatutnya. Pesanan ini juga buat diri saya sendiri yang selalu terlupa.”

PU Riz yang juga suami kepada selebriti Neelofa kemudian ada tunjuk sebuah dalil yang sesuai dijadikan sebagai rujukan kepada isu ini.

Jom lihat kata-kata dari PU Riz ini.

Untuk info, arwah Adibah Noor pergi buat selamanya petang Sabtu ketika mendapatkan rawatan di Hospital Gleaneagles. Adibah Noor menghembuskan nafas terakhir akibat komplikasi dari barah ovari yang sudah berada di stage ke empat.

Dari sumber keluarga, jenazah Allahyarham Adibah Noor dibawa ke rumah bapanya, dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tanah Keramat Permai sebelum solat Zohor pada hari ini, Ahad 19 Jun 2022.