Ramai terpesona, tak sangka suara Raysha Rizrose dan Hannah Delisha merdu

7,205 views

Antara pertandingan yang dinantikan oleh peminat industry seni suara tanah air sudah tentu Anugerah Juara Lagu.

Setelah ditunda kerana perintah kawalan pergerakkan, kini Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) akan diteruskan pada tarikh baru iaitu 14 Mac ini.

Pertandingan ini akan diadakan secara live di Auditorium MBSA, Shah Alam jam 9 malam tanpa kehadiran para penonton.

Hype untuk AJL35 semakin dirasai oleh semua orang yang tak sabar nak tengok lagu manakah yang akan dinobatkan sebagai juara.

Untuk menyerikan lagi bahang AJL kali ini, pihak syarikat Valient Music telah produce satu lagu medley untuk kesemua lagu yang bertanding di AJL.

12 lagu telah diolah semula dinyanyikan secara medley oleh empat bintang iaitu Azmi Saat, Dean Eiman dan dua pelakon jelita Hannah Delisha serta Raysha Rizrose.

Idea dan konsep asal untuk video music berkenaan dibuat oleh Hannah Delisha manakala susunan lagu dan muzik dibuat oleh Azmi Saat.

Apa yang menjadi perhatian ramai ialah kehebatan vocal yang ditampilkan oleh dua pelakon wanita iaitu Hannah Delisha dan Raysha Rizrose.

Memang ramai yang tak sangka, Hannah Delisha dan Raysha mempunyai suara yang merdu dan lunak setanding dengan penyanyi sedia ada.

Umum dah tahu Hannah memang pernah menjadi penyanyi di Singapura, namun bakat Raysha pula adalah sesuatu yang baru.

Adik kepada Uqasha dan Nelydia ini menerima begitu banyak pujian termasuk dari rakan artis seperti Mira Filzah, Aedy Ashraf, Elly Mazlein, Catriona Rose, Adeline Tsen dan Fify Azmi.

Wah sedapnya suara Raysha, memang multi-talented, love it, best sangat.” Itulah antara pujian dari netizen.

Sedap, nak dengar full song dari Raysha nyanyi lagu Semalam. Hannah dan Raysha patut dah boleh jadi penyanyi.” Tulis seorang lagi netizen lain.

Mungkin selepas ini Hannah Delisha dan Raysha boleh berkolaborasi bersama untuk hasilkan single lagu baru, mana tahu jadi hit. Apapun, tahniah untuk Hannah Delisha, Raysha Rizrose, Azmi Saat dan juga Dean Eiman.

Share this on...