Saya cuma makan nasi dua kali sebulan – Eina Azman maintain pinggang idaman

3,661 views

Memang menjadi idaman semua orang untuk kelihatan cantik dan maintain dengan berat badan yang ideal.

Ada yang sanggup untuk buat macam-macam cara demi mengekalkan berat demi kelihatan kurus dan memiliki pinggang yang ramping. Apatah lagi golongan artis dan selebriti.

Sebenarnya memang amat susah, apatah lagi kat Malaysia ni, banyak sangat makanan yang sedap belaka. Nak control tu agak sukar.

Kali ini pelakon jelita Datin Paduka Eina Azman ada ditanya tentang cara beliau untuk maintain langsing.

Eina Azman memberitahu, dia ada satu rutin khas iaitu hanya makan nasi dua kali dalam masa sebulan.

Patutlah Eina Azman kelihatan cantik dan mempunyai pinggang yang menjadi idaman ramai wanita.

Jawapan itu diberikan oleh Eina Azman ketika menjawab soalan dari seorang followernya.

“Sekarang ni saya cuma amalkan untuk makan nasi dua kali dalam satu bulan demi untuk mengekalkan berat dan pinggang idaman saya ni.”

“Saya suka sangat makan nasi, namun nasi ni tak suka saya. Kalau makan nasi banyak berat saya akan naik sampai berkilo-kilo. Oleh itu saya kena jaga makan.”

Kemudian ada pula seorang lagi netizen lain yang bertanya, oleh kerana Eina dah kurang untuk makan nasi, adakah dia tak rasa lapar.

Jelas pelakon yang juga isteri kepada Datuk Paduka Keiser ini, untuk membuatkan dirinya rasa kenyang, dia akan makan buah dan juga sayur.

“Sekarang saya amalkan untuk ambil buah-buahan dan sayur-sayuran. InsyaAllah dengan izinnya semua akan okey dan akan rasa kenyang.”

Memang padu rutin pemakanan dari Eina Azman, jadi memang tak hairanlah dapat maintain kurus dan langsing walaupun dah jadi ibu kepada dua orang anak.

Kepada yang nak try tu silakan tapi kena ada keazaman yang amat tinggi. Yang paling penting sekali adalah kita akan sentiasa sihat dan dijauhi dari penyakit.