Rambut anak Sharifah Sakinah pula jadi ejekan

5,231 views

Siapa yang tak kenal dengan nama Sharifah Sakinah, seorang pelakon yang mempunyai pelbagai isu dari dulu lagi.

Kini hidup Sharifah Sakinah dah masuk ke fasa yang baru apabila dah selamat bernikah dengan jejaka dari Sweden iaitu Michael Hansen.

Ternyata Sharifah Sakinah amat bahagia dengan hidupnya bersama suami barunya itu dan juga perniagaannya mengusahakan service senaman dan kesihatan.

Selain hidup yang semkain ceria, Sharifah Sakinah juga bahagia dengan anaknya bernama Anais Adha, hasil perkahwinan dengan suami terdahulu.

Adik kepada Sharifah Shahirah ini seringkali muatnaik foto dan juga video bersama anak perempuannya itu.

Paling latest, menerusi aplikasi Tiktok, Sharifah Sakinah dilihat muatnaik video menari bersama anak sulungnya itu.

Namun yang menajdi perhatian di video berkenaan ialah rambuat anak Sharifah Sakinah yang ternyata amat kerinting.

Ini mengundang komen yang kurang baik dari sesetengah netizen yang tidak meminati rambut kerinting.

Ada yang mengatakan rambut itu tak kemas selain melabelnya sebagai mee.

“Terkejut aku tengok rambut anak, aku rasa macam nak sikat rambut budak itu kejap.”

“Rasanya mi itu dah masak dah tu.”

“Rambut dia, kalau tebuan masuk tu, tak boleh keluar dah.”

Komen yang kurang enak kepada kanak-kanak itu membuatkan sesetengah netizen lain menyatakan bahawa rambut itu amat unik dan amat cantik.

“Cantik la rambut Anais tu, curly. Memang unik dan nice.”

“Kepada mereka yang komen tak baik pasal rambut anak orang tu, ingatlah kifarah tu wujud.”

“Rambut anak tu macam saya dulu. Masa kecil dulu memang banyak dapat komen yang kurang baik.”

Apapun, rambut kerinting sebegini memang cantik saja, dan ada juga yang memang nak rambut macam ni. Ikut citarasa masing-masing, yang penting tak perlu nak menulis komen yang tak baik.

Untuk info, Anais Adha kini berumur 5 tahun, hasil perkahwinan antara Sharifah Sakinah dengan pilot Aliff Adha.