Puteri Sarah masih beritahu Syamsul Yusof untuk keluar kerja dalam tempoh edah

6,058 views

Hidup pelakon Puteri Sarah Liyana kini melangkah ke fasa yang baru dan kini bergelar ibu tunggal selepas sah berpisah dengan pengarah Syamsul Yusof pada pertengahan bulan Jun yang lepas. 

Nampak Puteri Sarah terus saja melangkah terus ke depan untuk move dalam hidupnya, malah turut menyelesaikan kemelut dengan bekas madunya Ira Kazar, semuanya dah pun selesai, hasil perbincangan di luar mahkamah. 

Tidak lagi terkait dengan sebarang isu melibatkan Syamsul Yusof dan Ira Kazar, nampak hidup Puteri Sarah begitu happy. 

Puteri Sarah juga kini hanya fokus berkerja dan menjaga kedua orang anak-anaknya. 

Dalam keluar berkerja tu, ada juga yang bertanya sama ada Puteri Sarah tidak jalani tempoh edah kerana baru saja berpisah dengan Syamsul Yusof. 

Ini antara soalan dari warga maya tentang hal ini. 

“Saya nak bertanya yang Sarah tidak ikuti tempoh edah selepas bercerai ke untuk keluar rumah, atau hanya keadaan mendesak saja. Maaf ye Sarah saya tanya saja.” 

Melihat komen berkenaan, Puteri Sarah memberitahu, dia telah pun memberitahu bekas suaminya, Syamsul Yusof untuk keluar rumah ketika tempoh edah ini. 

Ini komen dari Puteri Sarah: “Boleh untuk keluar dari rumah tapi dengan memberitahu bekas suami dalam tempoh edah ni. Keluar rumah kalau terdesak itu apabila suami tu meninggal dunia, itu seharusnya berkabung di rumah.” 

Jawapan dari Puteri Sarah itu ternyata disetujui oleh warga maya yang lain. 

Ini foto perbualan mereka. 

Dalam pada itu, melalui laporan Mstar, Datuk Yusof Haslam juga ada memberi kenyataan tentang Puteri Sarah yang keluar berkerja setelah baru saja bercerai dengan Syamsul Yusof. 

Pengarah berumur 69 tahun ini menyatakan, Puteri Sarah kenalah tampil dengan keadaan yang cantik dan kemas, kerana itu adalah tuntutan kerjanya.  

Yusof Haslam mengatakan selepas bergelar ibu tunggal, Puteri Sarah perlu berkerja untuk mencari rezeki.  

“Kenalah fahami yang Puteri Sarah bekerja untuk mencari rezeki. Apa masalahnya kalau dia tampil kemas sebagai seorang wanita.”  

“Tak semestinya dalam edah dia kena tampil biasa, nampak selekeh sebabnya yang penting Sarah masih mengenakan pakaian yang sesuai dan kekal berhijab, menutup aurat.” 

Itulah jawapan dari Datuk Yusof Haslam tentang isu penampilan Puteri Sarah ketika masih dalam edah ini.