Respon Cik B bila bapa kandung tuntut harta, insurans dari Datuk Seri Vida

3,021 views

Semalam keputusan dari Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu telah menolak tuntutan hak hadanah yang difailkan oleh bapa kandung Cik B dan Kacak iaitu Mohd Amin Yassin.

Walaubagaimanapun, Cik B dan Kacak diminta untuk contact bapa kandung mereka itu at least seali sebulan bagi mengeratkan silaturrahim.

Akan tetapi ada satu laporan dari Berita Harian mengatakan bahawa Mohd Amin Yassin akan cuba untuk tuntut harta sepencarian dengan bekas isterinya, Datuk Seri Vida.

Malahan pampasan insurans melibatkan kes kebakaran yang meragut nyawa dua anak mereka turut akan dituntut oleh bekas suami Datuk Seri Vida ini.

Jom baca kenyataan dari bapa kandung kepada Cik B tentang kes ini.

Selepas ini saya akan buka kes harta sepencarian iaitu bermula ketika saya dan dia dulu sehinggalah kami berdua berpisah.”

Selain daripada itu, saya juga akan tuntut harta dua anak yang telah pun meninggal dunia termasuk pampasan insurans mereka. Ini disebabkan ketika anak-anak meninggal dunia dulu, saya tak berpeluang untuk menatap mereka buat kali terakhir.”

Melihat laporan dari Berita Harian itu, Cik B telah muatnaik di laman media sosial miliknya dan menulis ini: “Are you kidding me.”

Itulah respon dari Cik B yang ternyata terkejut dengan tindakan bapa kandungnya yang mahu tuntut harta dari Datuk Seri Vida.

Di ruangan komen, ramai yang menulis agar Cik B dan ibunya agar tabah dengan dugaan berkenaan. Ramai juga melahirkan rasa terkejut kerana biasanya bekas isteri yag tuntut harta sepencarian tetapi kini bekas suami pula yang cuba tuntut.

Untuk info, Mohd Amin dan Datuk Seri Vida nikah pada tahun 2000, dan perkahwinan mereka hanya berkekalan selama lapan tahun sahaja.

Mereka berdua mempunyai empat orang anak iaitu Cik B, Kacak dan dua lagi anak lelaki yang sudah meninggal dunia akibat kebakaran.