Pulau Langkawi memang satu tempat percutian yang sedang popular ketika ini, maklumlah warga Malaysia tak boleh bercuti ke luar negara, maka Langkawi jadi destinasinya.
Langkawi menjadi tumpuan kerana banyak tempat menarik selain promosi yang dibuat oleh pihak hotel. Tak mahu lepaskan peluang ini, ramailah yang bercuti ke Langkawi.
Ramai yang ke Pulau Langkawi sempena sambutan percutian Krismas dan juga tahun baru 2021, minggu lalu.
Pelakon Sharnaaz Ahmad telah berbicara tentang hal ini dan menempelak para pelancong yang bercuti namun dilihat tak patuih SOP yang ditetapkan.
“Aku sedih, mana kita punya common sense, mana otak. Aku cerita pasal Langkawi, sebab aku nampak, kawan-kawan aku juga yang pergi.”
“Aku nak bagi tahu ha, sekarang ada kluster New Year tapi tu bukan new year, tapi tu kluster buta perut. Apa yang korang fikir? Saya tengok semua pantai tu semua tempat banyak penyakit. Nak gi cuti tak ada masalah sebab hangpa stress nak cuti”
“Tapi hangpa tengok, punya banyak kes dari Langkawi, yang bercuti tu tak apa la juga, tapi yang duk pergi lepak, duk berhimpit, naik seram aku tengok.”
Sharnaaz juga pelik dengan keputusan kerajaan untuk buka sempadan, dan membenarkan rentas negeri yang seterusnya membolehkan orang bercuti.
“Aku betul tak faham yang kerajaan bagi boleh pergi bercuti bagai ni, hang tau semua ini akan pergi bercuti, yang pergi buka semua tu kenapa.”
“Covid punya banyak sekarang ni aku pun tak paham. Cubalah fikir. Aku jadi sedih, kerajaan dah buat SOP, tapi tak nak ikut.”
“Kalau yang selamat tu, boleh lah kerana imun kuat. Macam warga emas minta dijauhkan. Siapa yang baru balik dari Langkawi tu saya doa semua selamat, fikirlah.”
“Ada aku tengok ada kawan artis, tak yah sebut la nama, dah tahu positif tapi sibuk kerja juga tak ke buta perut, dah tahu contact rapat tapi sibuk pergi kerja, producer pun kata kena kerja, duk fikir modal sendiri. Kesudahannya jadi penting diri sendiri.”
“Yang keluar pergi buat kerja tu tak apa lah, ni yang aku cerita pasal yang pergi bercuti beriya tu.”
Itulah luahan dari Sharnaaz tentang isu wabak yang sedang merebak semakin teruk ketika ini.