Pelakon muda, Datuk Shah Hazvee saman company besar sebanyak RM3 bilion

2,948 views

Pelakon muda yang baru-baru ini ada mendedahkan dirinya memiliki title datuk pada usia 20 tahun. Pelakon ini ialah Datuk Shah Hazvee. Kali ini Shah Hazvee sekali lagi membuat satu pendedahkan yang amat mengejutkan industry seni tanah air.

Kali ini menerusi laman Ig miliknya, Datuk Shah Hazvee memuatnaik gambar dirinya membuat report polis.

Laporan dibuat susulan berkaitan satu kes yang mana dia merasakan dirinya kena aniaya dan kes ini melibatkan sejumlah wang yang cukup besar.

Menerusi IG story, ada satu surat notice of demand yang mana menunjukkan Datuk Shah Hazvee menuntut atau meyaman wang sejumlah RM3 bilion.

Ini tulisnya: “Orang aniaya abang hari ini, abang doa agar semua urusan saman akan dipermudahkan. Saman ini dan akan ada satu lagi nanti. Tahun 2021, abang akan saman satu company besar di Malaysia. Satu lagi akan diberitahu kelak. Main diam main dipijak kepala kita.”

Kemudian Shah Hazvee ada muatnaik gambar didepan balai polis menunjukkan laporan polis yang dibuat olehnya. Jom baca captionnya.

“Kenal diri abang ni dari abang sendiri. Jangan nak kenal dari orang lain. Sebab tak semua orang cakap hal yang benar tentang diri abang.”

“Abang ni bukanlah gila populariti. Apa yang abang lakukan semuanya keluar kos yang tinggi bukannya secara percuma.”

“Oleh kerana kau pun dah melampaui batas, company berkenaan dan individu tersebut kena bertangungjawab di atas segala yang berlaku.”

“Di hadapan hakim nanti, abang akan beri segala info kepada pihak terlibat, tentang sumber abang dan wang abang berapa dan dari mana. Abang tak ada pun guna sumber yang haram.”

“Selama ini abang diam apabila kena hina, tidak mengapa, apa yang terjadi semuanya akan ada hikmahnya. Talk to my lawyer dan jumpa kita di mahkamah, good luck.”

Itulah sedikit pendedahan dari Datuk Shah Hazvee, kita tunggu perkembangan kes ini nanti, ianya melibatkan wang tuntutan yang amat besar.