Kini nama Kak Long 7E atau nama penuhnya Wan Nor Baizura dah semakin sepi. Sejak akaun miliknya sudah tiada lagi, kisah Kak Long pun semakin dilupakan.
Menerusi satu laporan Mstar, Kak Long ada bercerita tentang perkembangan terkini dirinya.
Kedatangan bulan Ramadhan ini sebenarnya telah memberi sinar baru untuk Kak Long 7E. Sepanjan bulan puasa ini, Kak Long dan family berniaga di bazar Ramadhan.
Kak Long meniaga makanan di tapak Bazar Ramadan Sura Gate, Dungun, Terengganu.
“Saya sibuk berniaga di bulan Ramadan kali ini. Saya bantu ibu berniaga makanan. Ada nasi goreng Pataya, nasi ayam dan juga minuman, ada air mango shake.”
“Hari pertama memang habis semuanya terjual. Nasi sampai habis licin. Ramai yang singgah beli. Syukur alhamdulillah, rezeki melimpah ruah.”
“Nak tolong mak bagi duit saya ni tak mampu, oleh itu saya tolong dengan kudrat tenaga. Walaupun kadangkala malu duduk kat bazar, tetapi saya terus berniaga demi meneruskan kehidupan.”
“Di bazar memang ada ramai pembeli yang pandang-pandang, mungkin mereka cam wajah saya selepas video saya bebelum ini dulu tu. Dan memang ada yang bertanya, betul ke saya ni Kak Long. Malahan ada nak minta bergambar sama.”
Dalam pada itu, selain buka gerai makanan, Kak Long juga akan berniaga produk kecantikkan di sebuah ekspo.
“Kiranya tahun ini ada dua tapak, makanan dan produk. Suami saya akan tolong di kedai kosmetik semasa saya jual makanan. Lepas tu malam baru saya akan pergi jual produk kosmetik tu.”
“Baru-baru ini nama saya bagaikan telah diboikot. Hasil jualan barang kecantikkan saya habis menurun. Banyak saya rugi. Namun saya tak henti solat hajat supaya kes saya ni selesai. Saya harap urusan saya selepas ini akan dipermudahkan.”
Kisah yang berlaku sebelum ini telah mengajar Kak Long, dan dia mahu perbaiki dirinya.
“Benda lepas biarlah jadi pengajaran. Saya kini berusaha memperbaiki akhlak, adab dan terus buat bauk, Saya pun nak fokus berniaga dan juga keluarga.”
“Saya trauma dengan apa yang terjadi semasa nama saya viral, saya dekatkan diri pada Illahi, saya tak mahu hal yang lama berulang.”
Kak Long juga mengucapkan banyak-banyak terima kasih kepada semua yang membantu dan menolongnya dalam kesuakaran. Kak Long juga akan ambil semua nasihat yang diberikan kepadanya.