Rindu sangat kat anak, Sharnaaz tumpang kasih baby orang lain

4,916 views

Bapa mana yang tak sayangkan anaknya, begitu jugalah pelakon ini. Sharnaaz Ahmad telah meluahkan perasaan rindu kepada anaknya iaitu Jebat Jayden. Mungkin Sharnaaz dah beberapa hari tak jumpa anaknya, dia mula rasa rindu.

Sharnaaz Ahmad yang kini sedang jalani penggambaran satu drama bersiri, telah muatnaik satu gambar bersama seorang baby kecil yang bernama Arryyan Petra yang turut berlakon dalam drama berkenaan.

Gambar berkenaan menunjukkan ketika Sharnaaz sedang memeluk anak kecil itu.

Katanya, ekoran melihat baby berkenaan, Sharnaaz Ahmad akui dia telah teringat kepada Jebat Jayden ketika bersama pelakon comel itu.

Ini tulis Sharnaaz Ahmad: “I see Jebat in you sayang Ba (Sharnaaz) rindu sangat kat anak ba @jebatjayden. Thank you @arryyanpetra sebab sayang papa”.

Ekoran luahan perasaannya di akaun laman media sosial Instagram miliknya, ramai followernya yang memebri respon balas di ruangan komen. Ianya lantas mendapat perhatian dari netizen yang rata-rata turut bersimpati dengan isu yang melanda perkahwinan Sharnaaz. Jom baca antara komen dari netizen.

 “Ya Allah, sebaknya. Moga terus kuat. Sabar, ada hikmah di sebalik yang terjadi…Semoga dipermudahkan segala urusan”

“Kenapa harus dipisahkan anak dengan baba dia. Kita yang tak jumpa anak sehari pun rindu”

“Tengok pun tahu dah, sambil berlakon mesti Sharnaaz teringatkan pada anak. Semoga Allah memudahkan urusan kalian sekeluarga. Aamiin”

Diimbas kembali, pada hujung bulan Ogos, isteri Sharnaaz, Noor Nabila yang juga kakak Neelofa dan Miss Little Khan telah mengesahkan sudah memfailkan perceraian terhadap pelakon itu, namun ianya telah ditolak oleh Sharnaaz..

Sharnaaz kemudian telah failkan permohonan nusyuuz kepada pada bulan September.

Untuk pengetahuan, mereka berdua telah berkahwin pada tarikh 31 Mac dan mempunyai seorang cahaya mata lelaki bernama Jebat Jayden yang kini berusia setahun. Semoga urusan dipermudahkan.