Rossa Sera dituduh jual mahal, tak hargai usaha Shuk nak berbaik

2,007 views

Kisah rumah tangga pelawak Shuk dengan isteri Rossa Sera memang sedang dingin setelah pelawak berkenaan beberapa kali bermain kayu tiga. 

Namun ketika ini, Shuk dilihat cuba sedaya upaya dan beriya iya untuk memenangi hati isterinya itu semula. 

Baru-baru ini pun, Shuk ada pergi ke tanah suci mengerjakan umrah bersama Rossa Sera. 

Ketika itu, Shuk ada beberapa kali duduk di sebelah Rossa dan mengambil gambar serta video bersama. 

Namun memang masih lagi jelas, belum ada keselesaan buat Rossa Sera apabila wanita ini dilihat masih lagi belum menerima Shuk. 

Sehinggakan ada yang berkata Rossa Sera ini seakan jual mahal dan tak hargai usaha suaminya itu. 

Melalui laporan Harian Metro, Rossa Sera akhirnya menjawab komen ini. Jelasnya dia masih lagi terluka kerana dah beberapa kali hal sebelum ini yang berlaku. 

“Bukannya sebab saya ni menjual mahal atau tak hargai usaha Shuk, cuma sudah terlalu banyak yang terjadi.”  

Rossa Sera akui dia belum lagi sembuh sepenuhnya: “Hati saya ini pun sebenarnya masih lagi terluka.” 

Walaupun dah naik mahkamah sehingga kini masih lagi belum diketahui status kedua mereka ini. 

Rossa Sera sendiri akui, dia pun belum ada keputusan untuk meneruskan perkahwinannya dengan Shuk atau sebaliknya. 

Jelasnya, dia meminta semua doa yang baik-baik saja kepada dirinya dan juga kepada Shuk.  

“Sudah banyak kali soalan ini diajukan kepada saya, tapi saya tidak dapat memberikan jawapan yang tepat lagi.”  

“Berkenaan kami masih lagi bersama ataupun tak, saya harap kalian semua akan sentiasa memberikan sokongan walau apa jua keputusan yang kami buat nanti.” 

Kata Rossa Sera, dia kini mahu fokus jaga anak-anak bersama Shuk. 

Untuk info, Shuk Sahar dan Rossa Sera berkahwin pada tahun 2015 dan mempunyai dua orang anak perempuan yang masih kecil berumur 6 tahun dan 3 tahun.