Sajat naik angin dengan adik perempuannya, Mustika

8,302 views

Kisah Muhammad Sajjad yang lebih dikenali dengan nama Nur Sajat, kini dah masuk ke fasa baru apabila dia sudahpun berjaya menjejakkan kaki ke Australia.

Namun masih ada kesan yang ditinggalkan oleh Sajat di atas perbuatannya itu, yang telah larikan diri, jauh ke negara lain. Sudah tentu antara yang paling banyak terkesan ialah ahli keluarganya.

Sebelum ini memang ada satu temubual dari adik perempuan Sajat iaitu Mustika yang lebih mesra dipanggil nama Ika.

Namun rupanya, Sajat kurang senang apabila adiknya itu ditemubual oleh pihak media malah melabel adiknya itu sebagai seorang yang tak tahu apa-apa.

Walaupun Ika dilihat cuba jaga nama baik family dengan komen yang neutral, namun ianya telah disalah erti dan dikatakan hanya mahukan popularity. Ini pendedahan dari Mustika tentang abangnya yang marah padanya.

“Emak saya ada beritahu yang Sajat marah, dan dia kata saya bodoh tak tahu apa-apa sebab bercakap dengan pihak media dan wartawan.”

“What apa yang bodoh. Okey sekarang saya nak tunjuk cara pandai iaitu akan beritahu semua, segala-galanya.”

“Dia tak ada cakap terima kasih pun, minta maaf pun tak ada, yang dia tahu hanya nak naik angin dan cakap yang bukan-bukan.”

Mustika berkata dia sekarang ni dia sudah malas untuk cover untuk abangnya itu dan hanya akan berkata hal yang benar.

“Kalau dia rasa dia bos, sorry Ika bukan pekerja dia. Kecewa, kalau Ika expect dia akan layan Ika dengan baik, Ika akan kecewa, jadi Ika tak nak expect apa-apa pun. Kalau dia boleh pusing cerita, satu je caranya, kena cerita yang betul.”

“Kita tak menang tangan untuk jaga adik beradik, tak ada orang nak bantu side kitorang. Lagipun kau dah selamat kat Australia tu, tak ada pun kitorang nak ganggu.”

“Ika try nak cover, tak nak kecoh, tapi apa jadi dengan kehidupan Ika pula. Apa jadi dengan anak saya, bila pergi sekolah ada orang kacau dia, emosi terganggu.”