7 Foto: Gambar Fizo Omar atas pelamin, pramugari kini isteri Fizo Omar?

26,928 views

Kisah pelakon Fizo Omar jadi bualan sejak semalam yang mana ramai tertanya-tanya benarkan Fizo kini dah pun berkahwin, menamatkan zaman singlenya.

Ianya mula jadi bualan setelah hint yang diberikan oleh Fizo Omar sendiri, mengatakan dirinya kini dah off market.

Gambar itu menunjukkan Fizo Omar memakai baju putih yang sinonim dengan baju untuk bernikah, sambil kelihatan anak sulungnya sedang membetulkan butang baju melayu.

Captionnya pula seperti ini: “Saya off market dan left group kumpulan recon, apa-apa boleh roger Sharnaaz Ahmad, Nazim Othman, Azlee Khairi.” Pelakon yang dia tag itu semuanya masih lagi single.

Pagi ini ada beberapa foto telah tersebar di satu akaun Instagram, yang menunjukkan wanita yang dikatakan isteri kepada Fizo Omar.

Nama wanita berkenaan ialah Fazeera Nazri Az yang lebih mesra dipanggil dengan nama Faz.

Gambar Fazeera memakai gaun pengantin berwarna putih dan juga gambar di atas pelamin bersama Fizo Omar telah dimuatnaik dari akaun Instagram berkenaan.

Ada beberapa foto yang menarik perhatian ramai termasuklah satu ucapan dari satu akaun Ig mengguna pakai nama Fazeera Nazri Az yang menulis ucapan terima kasih di atas perkahwinan wanita ini dengan Fizo Omar.

Dari info awal, Fazeera Nazri Az merupakan seorang bekas pramugari yang berasal dari negeri Sarawak, Bumi Kenyalang.

Majlis pernikahan Fizo dan juga Fazeera dikatakan telah berlangsung di Janda Baik, negeri Pahang.

Ini pula satu ucapan dari akaun menggunakan nama wanita ini menerusi laman media sosial Instagram.

Sehingga kini masih belum ada lagi sebarang kenyataan dari Fizo Omar tentang kisah ini, adakah benar dia dah bernikah kita tunggu jawapan dari tuan punya badan tak lama lagi.

Ini sedikit info, pada tahun 2013, sebelum ini, Fizo Omar pernah berkahwin dengan seorang ahli perniagaan tudung terkenal iaitu Mawar Karim atau dikenali dengan nama Mawar Fareeda. Mereka mempunyai seorang anak perempuan diberi nama Wan Maryam yang kini berumur empat tahun. Hubungan mereka terlerai pada tahun 2019.